Wednesday 3 August 2011

(M/S 96)

Diterjemah dan dibentangkan oleh : NURUL SYAHADAH BINTI MOHD FALIL (08BI01066) (SMSU 5A) 


Maka Rasulullah SAW telah bersabda : tiada kebaikan dalam penipuan, maka dia berkata : Wahai Rasulullah, bolehkah aku berjanji? Maka Rasulullah SAW menjawab: tidak menjadi kesalahan ke atas kamu.[1]

Bahawa janji dalam menderma, dan tiada keterangan mengenai keperluan untuk menderma, derma dan kontrak tidak mengikat dan boleh ditamatkan. 

Dan keterangan tersebut membincangkan, di mana nas-nas yang didatangkan memberi amaran tentang memungkiri janji, sesiapa yang memungkiri janji disifatkan sebagai orang yang munafik. sebagaimana yang telah dibincangkan dalam satu perbualan (tanda orang-orang munafik ada tiga...) dan hal ini tidak disepakati bersama hukum yang harus, kerana meninggalkan yang harus itu tidak menjadikan munafik untuk selama-lamanya. 

Maka hadis yang dikehendakinya tidak sah kerana bukti tersebut adalah bukti yang lemah, dan kerana persetujuan itu membawa kepada janji dan aku mempercayai terhadap janji yang dilakukan,[2] dan membawa kepada pentakwilan hadis sebagaimana yang diriwayatkan oleh Zaid bin Arqam bahawa Rasulullah SAW berkata kepadanya: ( Jika sesiapa yang berjanji kepada saudaranya dan dalam niatnya untuk bertemu, tapi dia tidak tepati, dan tidak sampai kepada waktu yang dijanjikan maka tidak berdosa ke atasnya ).[3]

Adapun tidak menjadi kewajipan dalam sumbangan, dan tidak juga menjadi kebiasaan, maka dengan hal ini sebelum memulakan sesuatu perjanjian, sekiranya apabila penderma disyariatkan dalam menderma maka menjadi satu kebiasaan, maka janji yang diterima tidak menjadi kebiasaan bagi orang yang berjanji, akan tetapi janji itu menjadi satu kewajipan ke atas orang yang berjanji dengan menunaikan apa yang telah dijanjikan. 

Sebagaimana yang telah dibincangkan oleh Umar bin Abd Aziz, Hasan Al Basri, Ishak bin Rahawaih, Ibnu Syubrumah dan Ibnu Taimiyah[4] wajib menunaikan janji yang mutlak. Dan wajib ke atas hakim dalam penghakimannya. 

Dan mereka telah menunjukkan apa yang telah didatangkan kepadanya sebagaimana firman Allah dalam Surah As- Saf / 2-3 : 





________________________
[1] Muwatta’ Al Imam Malik 2/982 mursalan,bab ma jaa fi as sidqi wa al kizbu, wa isnaduhu munqoti’u 
[2] Al Muntaqi lil baji 7/317 
[3] Ahrajahu Abu Daud fi al adab bab al Iddah, al Tarmizi fi al iman bab alamat al munafiq 
[4] Fathu al bari 6/218, wa al mahalli 8/28 wa al furu’ li ibni maflah 6/415, wa musaah fiqh Ibnu Taimiyah, madah ( wa’du ) wa al maroji’ al lati ahalat ilaiha

sambungan di entry post yang akan datang.......

No comments: