Tuesday 30 August 2011

(M/S 122)

Diterjemah dan dibentangkan oleh : NORASHIQIN BINTI AMRAN BHASKARAN (10BI01041) (SMSU 5C) 


Dalam kebanyakan kes, umat Islam yang menggunakan kad kredit tidak membiarkan diri mereka untuk menggunakan kad kredit yang berunsur riba. 

2. Yuran pengeluaran wang : Ulama moden berselisih pendapat mengenai hukum mengenakan yuran untuk pembayaran dengan menggunakan kad kredit, Terdapat 3 pandangan. 

Pandangan pertama : Sesungguhnya yuran ini haram. Sama ada yuran ini beberapa peratus daripada amaun yang dibayar, Atau sama ada sekali gus, dan ini ialah pendapat: Panel Syariah bagi syarikat pelaburan islam. Dan juga Panel Syariah bagi Bank Islam Arab. Dr. Abdul Wahab Abu Sulaiman, Dr. Ali Salus, Dr. Muhammad Qari Bin Aid dan lain-lain lagi. 

Mereka menyatakan dalam pandangan mereka : Sesungguhnya pengeluaran wang menggunakan kad merupakan pinjaman daripada pihak penggeluar kad tersebut kepada pemegang. Jika ia pinjaman- iaitu pengeluar, maka apa-apa tambahan daripada pinjamanya- iaitu yuran pengeluaran, maka ia telah mengambil lebihan, dan itu adalah riba, 

Pandangan Kedua : Sesungguhanya yuran itu harus : Sama ada dinisbahkan daripada amaun yang dikeluarkan, atau adakah ia sekali gus, dan ini ialah pendapat: Panel Syariah Rumah Kewangan di Kuwait, seminar Barakah, Abdul Satar Abu Ghaddah, dan Hassan Al-Jawahiri. 

Mereka menyatakan dalam pandangan mereka bahawa yuran ini adalah bayaran kepada perkhidmatan dengan syarat pengeluar kad kepada pemegang kad itu hanya mendapat keuntungan ke atas harta sahaja. 

Pebincangan ini telah membuktikan dengan membenarkan jika yuran sekaligus ke atasnya ia mesti untuk perkhidmatan tiada kaitan dengan hutang sama ada banyak atau sedikit. tetapi jika kadar hutang itu, lebih dekat kepada riba daripada bayaran perkhidmatan, Kerana perkhidmatan bersamaan satu dinar dan seribu dinar, dan ini adalah wajib untuk yuran perkhidmatan bersamaan satu dinar dalam seribu dinar. 



sambungan di entry post yang akan datang.......

No comments: