Wednesday 24 August 2011

(M/S 116)

Diterjemah dan dibentangkan oleh : TENGKU KUDEN BIN TUAN SOH (09BI01024) (SMSU 5B)


beliau berkata: ((kad kredit ini ianya untuk membolehkan pertukaran dan semua cabang interaksi pertukaran pada hari ini menjadi urusan yang perlu dibayar. Dan apa yang boleh kita gambarkan pada urusan ini dan apa yang telah digambarkan seperti yang dinyatakan – daripada proses upah agensi))[1]

2. Gambarannya : Apabila menandatangani kontrak yang telah dipersetujui ke atas kad kredit bersama pengeluar maka wakil hendaklah membayar apa yang telah ditentukan dalam hutang kad kredit tersebut. Kemudian jika pemegang kad membeli sesuatu, peniaga akan menghantar harga invois pembelian, bahawasanya beliau telah membeli dengan pengeluar dan membayar kepadanya, seolah-olah ejen membayar daripada pemegang kad , dan kemudian akan menerima apa yang telah dibayar atau ditolak daripada akaun pemegang kad itu, atau terpulang pada pemegang kad sekiranya dia tidak mempunyai akaun. 

3. Perbincangan tentang pandangan ini : kita boleh membincangkan pandangan ini seperti berikut : 

a) sesunguhnya hubungan perjanjian di antara ajensi melibatkan dua pihak iaitu orang yang mewakilkan (prinsipal) dan orang yang diwakilkan (ejen), tetapi di dalam kad kredit, hubungan perjanjian melibatkan tiga pihak iaitu pemegang kad, peniaga dan pengeluar. 

b) dalam kontrak ajensi disyaratkan mesti membawa wakil ketika berlaku akad tersebut, ini merupakan pandangan majoriti ulama, pada pandangan mazhab syafiee, adalah diharuskan ejensi membawa wakil ketika berlaku kontrak walaupn wakil itu tidak membuat kontrak tersebut[2] dan pada kad kredit yang tidak boleh diwakilkan seperti hutang, ejensi perlu ada ketika membuat kontrak tersebut. 

c) dalam kontrak ajensi, tiada paksaan bagi wakil untuk berhutang daripada orang yang diwakilinya, dan pada kad kredit yang memaksa pengeluar untuk menghalang pemegang kad daripada berhutang kepada peniaga. 

Tetapi sesungguhnya, menjawab persoalan di atas: sesungguhnya wakil itu tidak dibolehkan berhutang melainkan perkara tersebut biasa dilakukan........


sambungan di entry post yang akan datang.......

_______________________
[1] Majalah daripada Akademi Fiqh Islam di Jeddah 7/1/669 
[2] Al-radd muhtar 4/418, nihayah al-muhtaj 5/20-21, al-furuk 4/334


No comments: