Sunday 14 August 2011

(M/S 106)

Diterjemah dan dibentangkan oleh : MUHAMAD NABIL FIKRI BIN MOHD DAUD (09BI01017) (SMSU 5A)


2- Gambarannya : pelanggan yang ingin memeterai satu kerjasama sebagai contoh tawaran (tender) – kepada bank, dan meminta daripadanya mengukuhkan kedudukan kewangan sebagai janji dalam membayar kepada penerima sejumlah harta ketika dituntut oleh penerima tersebut. Pihak Bank hendaklah tentukan perjanjian dengan pelanggan ini sehingga tamat perjanjian. 

Pihak Bank tidak mengeluarkannya - pada kebiasaan - perjanjian ini, kecuali selepas pelanggan menawarkan kepada bank sebahagian jaminan ke atas haknya, seperti harta benda sebagai cagaran dan sebagainya. Dan Bank biasanya menerima yuran tertentu yang dipersetujui, dan ia adalah perbelanjaan yang dikeluarkan. 

3- Kesesuaian Mengikut Fiqh : dan telah disebut-sebut oleh orang ramai pada hari ini mengenai nama surat jaminan dengan nama ((Jaminan Bank / Kafalah Bank )) tetapi, setelah penelitian pada keduanya, kami mendapati di antara keduanya terdapat persamaan dan dan juga perbezaan , di antaranya adalah : 

a) bahawa tujuan setiap Surat Jaminan dan Jaminan pengukuhan kedudukan kewangan terhadap yang mendapat jaminan (makful) adalah tanggungjawab penerima, dengan membentuk keamanan ke atas haknya itu agar tidak akan menjadi sia-sia. 

b) Jaminan (Kafalah) adalah Menggabungkan dua tanggungan dalam tuntutan dan hutang, di sisi Jumhur fuqaha’, Tetapi perkara dalam surat jaminan berbeza , pada waktu itu menjadikan pelanggan dijamin dengan pengeluaran surat jaminan kepada penerima, dan langkah penerima membuat tuntutan dengan haknya kepada bank sahaja. Dan perkara ini adalah tidak dipersetujui mengenai Jaminan (Kafalah) kecuali ianya tidak terhalangnya oleh syara’. Dan sesungguhnya telah diterima oleh Hanafiah , Malikiyah dan Syafi’iyah pada salah satu daripada pendapat-pendapat mereka adalah dengan mensyaratkan perlepasan yang sah pada perjanjian Jaminan (Kafalah) [1]. Mereka Berdalilkan bagi perkara tersebut dengan riwayat daripada Jabir Bin Abdullah R.A. telah berkata : telah mati seorang lelaki, maka kami telah memandikannya dan mengkafankannya serta membersihkannya , lalu kami membawanya kepada Rasulullah Shollallahu ‘alaihi wassalam. Kami bertanya kepada beliau: "Apakah Rasulullah akan mensolatkannnya?". Rasulullah bertanya: “Apakah dia mempunyai hutang?". Kami menjawab: "Ya, dua dinar." Rasulullah kemudian pergi dari situ.........


........sambungan di entry post yang akan datang.......

______________________
[1] Al-Ikhtiar 2/169 , Syarah As-Shoghir 3/245 , Nihayah Al-Muhtaj 4/444. 


No comments: