Wednesday 3 August 2011

(M/S 95)

Diterjemah dan dibentangkan oleh : WAN NOOR HASEMAS BT WAN HAMAT 09BI01080 (SMSU 5A) 


Bentuk ketiga : Menyuruh individu untuk membeli sesuatu barang, dan merupakan satu komitmen untuk menjanjikan kepadanya bahawa dia membeli sesuatu barang dengan harga tunai, tanpa menerangkan jumlah keuntungan ini. 

Dalam keadaan ini apabila seseorang peniaga enggan menjual kepada pembeli, sedangkan pembeli dalam keadaan terdesak sebab tiada pilihan lain,kerana syarikat itu adalah syarikat tunggal. 

Dalam keadaan ini pula,pembeli berjanji dengan penjual untuk melangsungkan jual beli dengan cara yang baik.Dalam tempoh tertentu pembeli membatalkan perjanjian tersebut.sedangkan penjual sudah penuhi permintaan pembeli,jadi penjual memaksa pembeli untuk meneruskan jual beli.adakah ini punca memungkiri janji? 

Sesungguhnya Ini adalah kerana untuk menjaga seseorang dalam menunaikan janji,dan sejauh mana janji itu di tepati. 

Menurut pendapat fuqaha sesiapa yang memenuhi janji adalah tergolong daripada sifat orang yang beriman dan sesiapa yang melanggar janji adalah tergolong daripada orang munafik .Nabi s.a.w bersabda :Tanda-tanda orang munafik ada tiga: apabila dia berkata dia berdusta, apabila dia berjanji dia mungkiri janji.dan apabila dia diberi amanah dia mengkianati.[1]kemudian mereka berselisih pendapat dalam menunaikan janji. 

Mazhab abu hanifah,shafie, ahmad hambal, auza‘I dan zohiriah[2], untuk memenuhi janji adalah sunat ,dan membelakangi janji itu adalah makhruh. dan apabila dia tidak berniat untuk berjanji dengan membelakangi janji dan memudaratkan masa yang di janjikan. Dalilnya hadis yang di riwayatkan Imam Malik kepada rasullullah s.a.w: saya berbohong kepada isteri saya. 



_____________________________
[1] Bukhari meriwayatkan bab ini tanda orang munafik 
[2] Amdahu al khori 12/121, wa azkar 282, wa fatahul bari 6/219, walmehli 8/28, wa tafsir al khortibi 11/78. 

sambungan di entry post yang akan datang.......

No comments: