Wednesday 17 August 2011

(M/S 109)

Diterjemah dan dibentangkan oleh : AINON MARDHIAH BINTI ZAWAWI (09BI01090) (SMSU 5B) 

Pandangan penulis dalam hukum ini : mengambil bayaran keatas jaminan – sesungguhnya wajib menolak pandangan ini. Dan apa yg dilihat, pertukaran hal2/keadaan jaminan hari ini, tidak dapat dinafikan bahawa pertukaran hukum seiring dengan pertukaran zaman,[1] perubahan adat rakyatnya dan tabiat mereka[2], dan juga kerana meraka tidak tahu bahawa nas syarie daripada Al-quran ataupun sunnah menghalang pengambilan bayaran keatas jaminan. 

Pandangan penulis yang membolehkan jaminan terdapat 2 jenis : 

Jenis pertama : Kafalah Peribadi ( Jaminan Peribadi) : Jaminan hutang Istihlaki (pakai habis) contoh: makanan, minuman : jaminan jenis pertama ini seperti jaminan fakir miskin keatas hutang mereka, dan ini merupakan bab ihsan, dan ianya kewajipan manusia dan agama maka tidak sesuai bagi orang muslim membiarkannya, firman Allah dalam surah al-maidah : dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertakwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa dan pencerobohan. Oleh itu, mengambil bayaran bagi jaminan ini menjejaskan maksud sebaliknya(ayat quran ini) 

Jenis kedua : jaminan Bisnes (Perniagaan) : Jaminan perniagaan, seperti jaminan keuntungan untuk masuk dalam tender atau tawaran perniagaan atau pelaburan yang boleh membuat kekayaan daripadanya, jenis ini dituntut kepada penjamin dan bukanlah kepada fakir miskin, tetapi masalah prosedur yang ada tidak membolehkannya daripada mencapai hasil yang baik melainkan dengan memberi jaminan, pandangan penulis disini, harus mengambil bayaran bagi jaminan jenis ini, kerananya penjamin termasuk/ terlibat dalam masalah kewangan, dan keuntungan dan kerugian perkongsian, terutamanya jika penjamin mengambil jaminan seperti ini dan membuat duit dengan cara sebegini. Hal ini juga seperti ahli feqah yang tidak harus baginya mengambil bayaran keatas pendidikan feqah melainkan jika mengambil bayaran itu setelah selesai pendidikan tersebut[3]

Dan jika diharuskan mengambil bayaran keatas jaminan bisnes/perniagaan, diharuskan kepada bank untuk mengambil bayaran keatas jaminan yang memenuhi syarat pelanggan dalam surat jaminan. 

Kesimpulan Penulis : sesungguhnya surat jaminan merupakan akad khusus yang hampir dengan wakalah....



______________________
[1] Jurnal Hukum, jilid 39 
[2] Syarah Kawaid Fiqhiyah , halaman 173, Sheikh Ahmad Zarqa 
[3] Fatwa Hindu 5/379 


sambungan di entry post yang akan datang.......

No comments: