Sunday 28 August 2011

(M/S 120)

Diterjemah dan dibentangkan oleh : UMMU HABEEBAH BINTI ZAKARIA (10BI01026) (SMSU 5C) 

d) Tarjih : 
Sebagaimana yang diterangkan kepada kita dua pendapat yang berkaitan dengan kad kredit iaitu kad kredit sebagai satu bahagian jaminan daripada pengeluar kad kepada pemegang kad, sebagaimana yang diterangkan. 


Yuran Dan Untung Perkongsian Pada Kad Kredit 

1- Yuran pengeluaran dan pembaharuan (renew) : berlaku perbezaan pendapat ulama’ feqah zaman sekarang pada pengharusan mengenai yuran pengeluaran dan pembaharuan kad kredit kepada dua pendapat: 

a) Pendapat yang pertama : Haram mengenakan yuran pengeluaran atau pembaharuan ke atas kad kredit. 

1) Ini adalah pendapat dari Persatuan Biro Kajian Ilmiah dan Fatwa di Kerajaan Arab Saudi, Muhammad A’simin, Bakar Abu Zaid, Sheikh Muhammad Mukhtar Al-Salami Mufti Tunisia, dan selain daripadanya. 

2) Berhujah mereka sebagaimana yang berikut : 

i) Sesungguhnya yuran ini telah menukar akad kad kepada akad mua’adah yang terdapat padanya gharar (keraguan), dan mua’adah terdapat padanya keburukan gharar, dan mungkin gharar pada yuran ini adalah sekiranya terdapat upah yang berganda daripada manfaat kad, maka sesungguhnya bergandalah manfaat yang tidak diketahui ini, sebagaimana kadar manfaat ini tidak diketahui juga, dan ini adalah tidak diketahui gharar fasad dalam akad. 

ii) Sesungguhnya pada kadar yuran itu terdapatnya riba’, kerana sesungguhnya mungkin seseorang itu mendapat hasil (barang) dengan menggunakan kad kerana terpedaya dengan pembelian yang lebih daripada had kemampuan. Maka berturut-turutlah keatasnya hutang dan berturut-turutlah keatasnya faedah- iaitu riba’ yang dikenakan pengeluar kad keatasnya. 

b) Pendapat yang kedua : Harus mengenakan yuran : 

i) Sesungguhnya golongan yang berpendapat begini adalah : (Penasihat Syariah Kuwait Finances House) , (Penasihat Syariah Syarikat (bank) Al-Rajhi) , Seminar Al-Baraqah yang ke-12, Dr. Rafiq Al-Basri, Abdullah Bin Mani’, Abdul Wahab Abu Sulaiman dan selain daripadanya.

sambungan di entry post yang akan datang.......

No comments: