Thursday 25 August 2011

(M/S 117)

Diterjemah dan dibentangkan oleh : MUHAMMAD SYAFIQ BIN JAMIL (09BI01043) (SMSU 5B)

d) dalam agensi, wang yang dipegang oleh ejen itu, ejen itu hendaklah berlaku amanah terhadap wang yang dipegang. Apabila tiada perjanjian maka tiada jaminan. Adapun harta yang dimiliki dalam urus niaga disisi pengeluar maka sesungguhnya pengeluar adalah penjamin ke atas apa-apa yang berlaku. 

e) dalam perwakilan, diharuskan menuntut semua hutang daripada orang yang berhutang dan wakilnya, dalam urus niaga berhutang pula tidak diharuskan orang yang asal menuntut hutang tetapi hutang hendaklah dituntut oleh wakilnya. 



c) Pinjaman : 

1 - Gambarannya : apabila pengeluar membayar kepada peniaga dengan harga yang diminta, yang dibeli oleh pemilik, pengeluar memberi pinjaman kepada pemilik dan pemilik membayar kepadanya pada masa akan datang, dan demikian, di bawah apa yang diwajibkan dengan kontrak urus niaga antara pemilik dan pengeluar, seolah-olah pemilik dan pengeluar bersetuju untuk membayar kepada pengeluar harga yang dibeli oleh pemilik secara ansuran seperti perjanjian yang telah dibuat untuk membayarnya pada kemudian hari. 

2 - Perbincangan tentang pandangan ini : Kita boleh membincangkan pandangan ini adalah seperti berikut: Hubungan antara pemiutang dan peminjam adalah hubungan dua hala, adapun hubungan di dalam urus niaga melibatkan 3 pihak, iaitu pemiutang - peniaga - dan pemilik. Berserta pembayar hutang iaitu pengeluar dimana pengeluar menanggung hutang daripada pemilik yang mesti dibayar dan menjadi penganti kepada pemilik pada cagaran hutang, dan dia tidak boleh memberi dengan cagaran tersebut dan apabila terjadi keadaan tersebut maka perlu ada keizinan daripada orang yang menjadi penjamin atau wakil atau pemegang asal cagaran itu. 



d) Sistem Jaminan : 

1 - Adalah pandangan Ulama Moden : Dr Nazih Hammad, Dr Mohammed Ali Bin Eid, dan Dr Mohamed Abdul Halim Omar, Dr Abdullah Al-Saidi, dan lain-lain.

sambungan di entry post yang akan datang.......

No comments: