Saturday 13 August 2011

(M/S 105)

Diterjemah dan dibentangkan oleh : AHMAD A’ALAUDDIN BIN MOHAMAD (09BI01010) (SMSU 5A )

Perkara yang diambil oleh bank daripada wakil pengimport ada dua :- 

Pertama : bayaran komisyen keatas perkhidmatan yang di laksanakan bagi wakil pengimport, saya lihat keharusan dalam mengambil bayaran komisyen ini, sebagai ganti kepada faedah yang disyariatkan, adapun ketidakterimaan fuqaha’ dalam mengambil ganjaran atas jaminan, saya lihat bahawa tidak harus mengambil ganjaran atas jaminan persendirian@perseorangan, adapun jaminan perniagaan maka harus mengambil ganjaran keatasnya, kerana yang pertama adalah akad ihsan, pengambilan ganjaran keatasnya akan menafikan perbelanjaannya, dan yang kedua iaitu akad pelaburan maka harus mengambil ganjaran keatasnya. 

Kedua : faedah (bunga) ke atas bayaran tertangguh(baki bayaran)dalam tanggungan wakil pengimport, adalah riba yang tidak halal di sisi agama Allah melainkan darurat, dan wakil pengimport hendaklah berurusan dengan bank Islam dalam mengatasi keuntungan yang salah dari membeli pada tempat riba dalam urusan pembukaan akaun kredit. Sekiranya peniaga berada di Negara yang tiada bank Islam maka di beri kelonggaran baginya untuk mengambil riba dalam urusan kredit jika ia berhajat kepadanya(jika mahu), kerana berhajat kepada keperluan melebihi darurat, dan hajat disini adalah hajat perseorangan dan umum. Adapun perseorangan : ianya merupakan keperluan para peniaga dalam membuka akaun kredit kerana ianya adalah kewajipan dalam perniagaan, Dan adapun yang umum, supaya ekonomi tidak jatuh ke tangan para peniaga yang fasik.

Transaksi keempat : surat jaminan :

1- Takrif : perjanjian yang terakhir yang dibuat oleh bank berdasarkan tuntutan pelanggannya dengan kadar bayaran wang yang tertentu atau tertakluk pada pelantikan, sepanjang tempoh yang tertentu, sebaik sahaja pengimport menuntut daripada bank itu tanpa merujuk kepada pelanggan. 


sambungan di entry post yang akan datang.......

No comments: