Thursday 11 August 2011

(M/S 103)

Diterjemah dan dibentangkan oleh : MOHD FAUZAN BIN JAMIL (09BI01040) (SMSU 5A)


Di dalam hal ini, sesebuah negara yang dilengkapi segala transaksi adalah dipegang oleh pihak bank dalam negara. Kemudian bank tersebut melakukan pemindahan wang kepada pemegang bank dan pihak bank akan menghantar notis pertukaran kepada pemegang bank. Dan ia adalah satu proses yang diluluskan,kerana ia disertakan dengan proses transaksi yang betul dan proses pajakan yang betul. Tempat pajakan ialah satu pemindahan wang dari satu tempat ke tempat yang lain. 

Gambaran kedua : Pelanggan menyokong sesuatu pertukaran dari bank Kuwait mata wang dinar untuk pertukaran ke bank tertentu di Damsyik. Yang mana bank tersebut boleh melakukan pertukaran dan mengambil upah atas pertukaran tersebut. Sehingga jumlah pertukaran ke dinar di bank Damsyik.Maka transaksi dinar di bank Damsyik akan bertukar kepada nilai lirat, dan bank di Damsyik itu menerima sesuatu pertukaran kepada nilai lirat .Dengan itu sesuatu transaksi telah lengkap di bank Damsyik dan bukan lagi di bank Kuwait. 

Ada sebahagian berpendapat bahawa, dalam proses pertukaran wang dari sesebuah negara ke sesebuah negara lain akan lebih cenderung jika diiringi sesuatu proses transaksi yang membentukkan 2 akad dalam 1 akad. Akad yang pertama adalah akad transaksi dan akad yang kedua adalah akad pajakan. Sesungguhnya telah bersabda ( Rasulullah telah menegah melakukan 2 akad dalam sesuatu jualan )[1] akan tetapi perintah tersebut tidak diterima ke atasnya. Dan transaksi akad berlaku dengan sendirinya. Satu sewaan pemegang akaun bank perlu ada satu akad yang lain.Tiada hubungan baginya dengan akad yang pertama. Dan bersetuju satu dari keduanya mengikut akad yang berlainan. Ini kerana bank tidak mengenakan syarat ke atas pelanggan dengan mengikat satu pertukaran dengan transaksi. 

Kesimpulan : Saya tidak nampak dalam proses pemindahan wang melalui bank atau sebagainya adalah dilarang oleh syarak – kerana ia adalah pajakan benar – sama ada disertai dengan bayaran atau tidak diiringi oleh kontrak pertukaran. 



______________________
[1] Riwayat Al- Turmizi dan Nasa’I dan Imam Malik dalam Kitab Mua’toq, Bab Jualan Melarang Daripada Dua Transaksi Dalam Satu Jualan.

sambungan di entry post yang akan datang.......

No comments: