Monday 8 August 2011

(M/S 100)

Diterjemah dan dibentangkan oleh :NUR SYUHADAH BT MOHD. DESA (09BI01007) (SMSU 5A)

= Daripada Kaa’b Bin Malik sesungguhnya meminta dihakimi akan Ibnu Abi Hadradin mengenai hutang. Ketika itu dia berada di masjid. Lalu , keduanya telah meninggikan suara sehingga terdengar oleh Rasulullah S.A.W di rumahnya. Lalu keluar baginda ke arah keduanya sambil menyelak tirai rumahnya. Kemudian memanggil : (wahai Ka a’b), maka berkata : ya, saya menyahut seruan Mu. Maka berkata : “halalkanlah dari hutang kamu “,dengan memberi isyarat melalui tangannya, iaitu membahagikannya kepada dua. Berkatalah dia: sesungguhnya aku telah melakukan sedemikian, wahai Rasulullah. Bersabdalah Baginda : “bangunlah keduanya dan menyelesaikannya”[1]

= Sesungguhnya pelepasan yang bertentangan dengan kelewatan bukanlah riba, kerana riba akan didenda dengan penambahan pada setiap ganti rugi apabila mengalami kelewatan. Denda ini adalah bebas daripada tanggungan terhadap sebahagian imbalan atas dasar kelewatan. Riba adalah penambahan iaitu sesuatu yang diusir. 

= Pemiutang yang mengenepikan hutang penghutangnya atau sebahagian hutangnya selain daripada sesuatu. Maka pelepasan sebahagiannya bertentangan dengan kelewatan, atau tidak mengalami kelewatan adalah lebih aula (baik) iaitu harus. 

Tarjih : Memandangkan pada masalah menyegera membayar hutang mengenai tempoh masa, terdapat 3 hadis : 

Pertama : Hadis Al-Miqdad Bin Al-Aswad memutuskan sebagai haram. 

Kedua : Hadis Abdullah Bin Abbas memutuskan sebagai halal. 

Kedua-dua hadis ini bertentangan dan dhoif. Oleh itu, tidak sah beralasan dengan salah satu dari keduanya. 

Ketiga : Hadis Kaa’b Bin Malik memutuskan sebagai harus menurunkan kadar hutang agar disegerakan menunaikannya. Ia adalah hadis sahih, perlulah mengamalkannya. 

Dan bukan membandingkan kelewatan itu dengan harta ia adalah haram secara mutlak, lalu nas didatangkan pada perkara yang diharamkan iaitu penambahan hutang disebabkan bertentangan dengan kelewatan. Ini dinamakan penambahan dengan riba adalah sesuatu yang mengeksploitasi dan berpihak pada pemiutang yang melukakan (membebankan) orang yang memerlukan. 

Adapun penurunan jumlah hutang penghutang yang mengalami kelewatan kerana tidak mempunyai sesuatu sesungguhnya ia bukanlah riba kerana tiada sebarang penambahan padanya, dan walhal riba adalah penambahan. Kelebihannya iaitu melambangkan keihsanan dan mempermudahkan ke atas penghutang iaitu sebaliknya(bertentangan) daripada riba. 


__________________________
[1] Dikarang oleh Bukhari di dalam Kitab Al-Khusumat.

sambungan di entry post yang akan datang.......

No comments: