Friday 12 August 2011

(M/S 104)

Diterjemah dan dibentangkan oleh : MUHAMMAD SABRI BIN ZAKARIA (O9BI01018) (SMSU 5A)

Transaksi ketiga : Pembukaan Dokumen Pinjaman 

1- Definisi : dokumen pinjaman merupakan surat yang ditujukan kepada cawangan bank @ ejen di negara lain yang mana bank luar negara tersebut meminta supaya membayar sejumlah wang @ ia memberi jaminan untuk membayar sejumlah bayaran tertentu kepada bank bank Negara tersebut. 

2- Gambaran : dua contoh dokumen pinjaman : 

Gambaran pertama : Seorang peniaga Kuwait berhasrat untuk membeli sejenis barangan dari sebuah syarikat di Britain. Setelah harga dipersetujui, syarikat Britain meminta agar peniaga Kuwait itu membuka akaun supaya dapat menghantar barangan tersebut secara terus kepadanya, maka peniaga itu pergi ke bank Kuwait dan membayar harga penuh bagi barangan tersebut, dan peniaga itu membuka akaun untuknya, dan bank itu mengambil caj perkhidmatan atas pembukaan akaun tersebut, kemudian bank Kuwait memindahkan jumlah wang kepada bank Britain supaya bank Britain dapat menyalurkan kepada syarikat Britain dan selesailah caj barangan belian keatas peniaga tersebut. 

Gambaran kedua : Seorang peniaga pergi kepada bank Kuwait dan membayar kepadanya separuh daripada harga barangan yang ditetapkan, dan bank Kuwait menjamin baki harga barangan peniaga dengan bank Britain, yang mana ia (bank Kuwait) menjaminnya dari syarikat pengeksport dari baki barangan. Bank Britain mengenakan faedah-faedah bagi bayaran baki keatas bank Kuwait, dan bank Kuwait pula mengenakan faedah-faedah bayaran baki keatas peniaga, ditambah pula dengan bayaran pembukaan akaun. 

3- Pandangan fuqoha’ : kaedah feqah bagi pembukaan dokumen pinjaman iaitu : dianggap sebagai jaminan, bank Kuwait menjamin wakil pengimport terhadap bank Britain, yang mana ia(bank Kuwait) akan menjamin wakil tersebut dan bank Kuwait menjamin keatas syarikat, bahawa ia akan membayar baki dalam tanggungannya dari harga barangan yang di import. Jaminan – iaitu : bank Kuwait – (keatas) bank Britain dan syarikat dalam menghantar barangan yang dibayar pengimport Kuwait separuh dari harganya. 


sambungan di entry post yang akan datang.......

No comments: