Friday 26 August 2011

(M/S 118)

Diterjemah dan dibentangkan oleh : HANIM BINTI AHMAD KUJAJI (10BIO1020) (SMSU 5C) 


2. Gambarannya : Menanggung sumber (bank) di sisi akad (transaksi) dengan membayarkan kepada pemegang kad yang memberi kesan kepada pemegang kad daripada hutang. Apabila pemegang kad membeli sesuatu barang, peniaga akan menuju kepada sumber atau pengeluar kad (bank) untuk mengambil nilai daripadanya. Tiada yang dapat menghalang bank untuk membayar nilai ini (perbelanjaan yang dilakukan oleh pemegang kad) kerana antara pemegang kad dengan bank terdapat satu akad iaitu wajib ke atasnya (bank) untuk membayar nilai tersebut. Apabila bank telah membayar, maka pemegang kad perlu membayar semula kepada bank. 

3. Dapat dilihat : sesungguhnya pada kad itu tanggungjawab satu kesanggupan untuk menanggung hutang. Dan begitu juga dengan kafalah (tanggungan/jaminan), di sisi jumhur: menggabungkan tanggungan atas tanggungan pada hutang[1]. Dan berkata Abu Thur dan Daud bin Ali al-Zahiri dan Ibnu Abi Laili dan Ibnu Syubramah : Kafalah dan hawalah (pertukaran hutang) adalah sama. Keduanya memindahkan hak daripada tanggungan orang yang dijamin kepada tanggungan penjamin[2]

4. Perbincangan pandangan ini ialah : perbincangan adalah seperti berikut : 

a) Pada kad itu terdapat tanggungan yang tidak memerlukan waktu akad kad tersebut. 

Jawapan terhadap soalan : Sesungguhnya jaminan, selagi mana belum diwajibkan lagi ianya dibolehkan ini adalah di sisi Hanafiah dan Malikiah dan Hanabilah, dan juga qaulu qadim Syafie[3]. Mereka berdalil dengan firman Allah dalam surah Yusuf Ayat 72 yang bermaksud : Dan siapa yang dapat mengembalikannya akan memperoleh (bahan makanan seberat) beban unta , dan aku jamin itu. 

b) Pada kad terdapat hutang yang tidak diketahui pada waktu akad kad tersebut iaitu waktu kafalah (tanggungan/jaminan)-....


sambungan di entry post yang akan datang.......

_______________________
[1] Raddul Muhtar 4/250, dan Al Kaafi 2/227, dan Nihayatul Muhtaj 5/240, dan At Taaju Wal Iklil 5/96 
[2] Al-Mughi 7/84 ,dan Al Muhalli 8/552 
[3] Al Ikhtiar 2/171, dan Az Zakhirah 9/208 dan Al Mughni 7/73, dan Rudhoh At Tholibin 4/244 


No comments: