Wednesday 10 August 2011

(M/S 102)

Diterjemah dan dibentangkan oleh : NORHAMIZA BT HUSSAIN (09BI01013) (SMSU 5A) 


Saya melihat bahawa pemindahan wang bukan bon cek (suftajah), tetapi ialah sewaan , terdapat di dalamnya 4 rukun dalam sewaan : penyewa- iaitu pelanggan penukar -pekerja upahan -iaitu bank- penyewa keatasnya – iaitu perkhidmatan pertukaran - pemberi sewa- ialah apa yang diterima oleh bank daripada pembayaran pelanggan di atas pertukaran -, sewaan ini tiada yang menghalang di dalam syarak. 

Akan tetapi proses pertukaran wang melalui bank itu kebiasaannya apa yang yang disifatkan seperti persediaan proses pertukaran, terutama sekali jika pemindahan itu ke negara lain,dan apabila mereka menukar wang dinar Kuwait kepada sahabat karib dengannya di Syria sungguh pun saudaranya tidak akan menerima dinar Kuwait, bahkan menerima wang Syria,dan di sana mahu atau tidak terpaksalah kita berhenti sedikit untuk melihat proses pertukaran ini, dan ketika kami perhatikan kami dapati tidak terkeluar dari cara berikut: 

Gambaran Pertama : saya berikan kepada bank dinar, maka diberikan kepadanya cek dengan lira Syria yang mana wang lira itu boleh di guna pakai di Syria, maka kami berpandangan bahawa ini ialah masalah pertukaran dinar dengan lira Syria sebelum terjadinya perpindahan, maka yang demikian telah tercapai pertukaran yang sempurna iaitu penerimaan dalam majlis akad, iaitu di tulis dalam kiraannya itu beberapa angka atau rekod dengan namanya dalam rekodnya, maka orang yang terima cek ialah pekerjanya, maka ditulis jumlah tersebut dalam rekod baru dengan nama fulan yang diiktibar dia lah pemegang cek tersebut, terdapat keputusan yang telah dibuat oleh Akademi Fiqh Islami pada sesi ke sebelas yang diadakan di Mekah Al mukaramah, 13-20 rejab tahun 1409 hijrah.: ((orang yang memberi cek itu ialah orang yang menerima pegang disisi orang itu apabila sempurna syarat-syarat dalam masalah pemindahan duit dengan pertukaran di bank. Dan diiktibarkan juga apa yang kita tulis dalam buku oleh bank dalam hukum memegang bagi mereka yang ingin pindahkan mata wang kepada yang lain, sama ada pertukaran itu dengan memberi duit kepada orang yang menukarkan mata wang atau mata wang yang didepositkan padanya))[1]


______________________
[1] penyelidikan jurnal ulama’ fiqh moden, m/s 288, bilangan ke2,tahun pertama.

sambungan di entry post yang akan datang.......


No comments: