Saturday 27 August 2011

(M/S 119)

Diterjemah dan dibentangkan oleh : NURSUHAIDA BINTI MUSTAFA KAMAL (10BI01042) (SMSU 5C)


Dan dijawab dengan itu : Sesungguhnya jaminan dengan hutang yang kita tidak tahu – seperti saya penjamin bagi kamu dan apa bagi kamu dalam tanggungan hutang, dan tidak tahu berapa kadarnya – diharuskan oleh Iman Hanafi, Maliki, Hanbali dan Syafie pada salah satu daripada dua pendapat dalam mazhab mereka.[1] Firman Allah s.w.t dalam surah Yusuf ayat 72 : “dan sesiapa yang memulangkannya akan diberi sebanyak muatan seekor unta” dan memegang unta yang tidak ketahui pemiliknya, begitu juga dengan kalau dia salah unta dengan menukar unta yang lain, maka ini disebabkan kelaziman bagi selain ganti, maka tidaklah memberi kesan sebab tidak tahu. 

c) Pada kad itu syaratnya mestilah bebas kepada pemegang kad, penjual boleh menuntut haknya kepada pengeluar kad sahaja. 

Dan dijawab dengan itu : Sesungguhnya Imam Hanafi, Maliki, Syafie, dalam salah satu daripada dua pendapat mereka itu,[2] adalah harus mensyaratkan dalam akad jaminan itu bebas pada asalnya, kerana mereka telah berhujjah dengan menggunakan dalil yang sepertimana diriwayatkan oleh Jabar Bin Abdullah r.a berkata : “seorang lelaki telah meninggal dunia maka kami memandikannya dan mengkafankannya serta membersihkannya , lalu kami bawa kepada Rasulullah SAW. Kami bertanya kepada beliau: "Apakah Rasulullah akan mensolatkannnya?". Rasulullah bertanya: “Apakah dia mempunyai hutang?". Kami menjawab: "Ya, dua dinar." Rasulullah kemudian pergi dari situ. Berkatalah Abu Qatadah : " Ya Rasulullah , Dua dinar itu tanggung jawabku." Kerananya, Rasulullah SAW bersabda : keduanya itu (dua dinar) adalah dipertanggungjawabkan ke atas kamu daripada harta kamu , manakala Jenazah ini akan terlepas daripada tanggungjawabnya )? Abu Qatadah menjawab : Ya, lalu Rasulullah SAW mensolatkannya, apabila Rasullah berjumpa dengan Abu Qatadah dan bertanya tentang dua dinar itu dan dijelaskan bahawa ia telah melunaskannya. Rasullah bersabda : ( sekarang kulitnya telah sejuk)[3]





_______________________
[1] Rad Al-mokhtar 4/152, dan Ashalu almudarak 3/20, dan Munganni 7/72, dan raudatu al talibin 4/252. 
[2] Kitab Ikhtiar 2/169, dan Al-syarhu al-sangir 3/425, dan nihayah al-muhtajju 4/444. 
[3] Sunan Al-Kubra 6/75 oleh baihaqi, dan sunan al-daruqatni 3/79 iaitu lafaz akhir dalam sunan Abu Daud dalam Kitab jual beli dalam bab kesusahan dalam berhutang, dan berkata Hakim dalam kitabnya Mustadrak 2/85 sahih asnad dan tidak terkeluar baginya, dan terhenti pendapatnya.


sambungan di entry post yang akan datang.......

No comments: