Tuesday 2 August 2011

(M/S 94)

Diterjemah dan dibentangkan oleh : NADZIRAH BINTI HALIM (09BI01185) (SMSU 5A)


Rajah Carta Aliran Murabaha Al-Amir Bissyirak


Setelah kita mengetahui bentuk carta di atas, di sini terdapat penjelasan berdasarkan hukum syari’ antaranya adalah seperti : 

Bentuk Pertama : Apabila permintaan seorang kepada seseorang yang lain untuk membeli sesuatu barang dagangan tertentu seseorang itu mempunyai pilihan untuk membeli apa yang di mahukan atau tidak membelinya. Begitu juga pihak seorang lagi mempunyai pilihan sama ada untuk menjual atau tidak sesuatu barang tersebut. 

Bentuk kedua :  Apabila seseorang menyuruh pihak seorang lain untuk membeli sesuatu barang dagangan dan menjual barang tersebut serta mendapat keuntungan daripadanya sebelum menjual pada awalnya. Dalam bentuk ini tidak diharuskan. Menjual dengan cara demikian adalah tidak sah dan terbatal kerana menjual sesuatu bukan miliknya. Sabda Rasullullah S.A.W yang bermaksud : janganlah kamu menjual sesuatu yang bukan milik kamu[1]



_____________________________________
[1] Abu Daud Dalam Sewaan Bab Seseorang Yang Membeli Bukan Pemiliknya; Tarmizi Dan Nasai Dalam Pembelian Bab Membeli Bukan Pemiliknya.

sambungan di entry post yang akan datang.......

No comments: