Monday 25 July 2011

(M/S 86)

Diterjemah dan dibentangkan oleh : FATIN NABILAH BINTI MASKOR (09BI01014) (SMSU 5A) 


Kemudian menjadikan sesuatu barang dagangan itu diterima dengan jualan barang selainnya oleh penjual dengan bebas dan penjual tidak ada sebarang hubungan ataupun kaitan dengan jualan yang pertama itu, dengan menjual menggunakan harga pasaran semasa yang terkini. Ini telah menunjukkan bahawa tidak ada sesuatupun harga yang sama dengannya, dan cara ini adalah menjauhkan daripada wujudnya unsur riba di dalam jual beli. 

Sesungguhnya , jual beli secara tawarruq ini tidaklah ditolak oleh syarak maka dengan itu bolah diteruskan dengan menggunakan keharusan pada hukumnya yang asal itu. Maka dengan itu, akad yang dijalankan itu adalah harus selagi tidak mendatangi dalil yang mengharamkannya untuk berjual beli secara tawarruq ini. 

Pada masa kini , manusia sekarang adalah amat memerlukan kepada jual beli secara tawarruq ini, kerana pinjaman yang baik mungkin kadang-kadang akan mengurangkan bilangan ahlinya. Maka dengan itu, sesiapa yang memerlukan ataupun berkehendak kepada harta tidak perlu bersungguh untuk meminjamnya, dan kadang-kadang penyesuaian kepada hak untuk berjual beli barang dagangan secara ansurans ini adalah perlu dan kemudian menjualkannya, walaupun dengan adanya kemungkinan kerugian, penjual menjualnya dengan harga semasa untuk mendapatkan sesuatu nilai yang dikendakinya itu. 

Dan oleh kerana itu, sesungguhnya jual beli secara tawarruq ini ada dua pendapat, iaitu pendapat yang pertama menghalang daripada jual beli ini, dan pendapat yang kedua pula mengharuskannya, dan oleh itu, pendapat muktabar paling mudah diambil di dalam perkara seperti muamalat dan haji kerana ia memudahkan setiap urusan manusia. 



4) Sewa Beli Yang Berakhir Dengan Pemilikan (Al-Ijarah Muntahiyah Biltamlik)

1- Definisi : sewa beli yang berakhir dengan pemilikan ialah akad diantara dua orang yang mana salah seorang itu memerlukan kepadanya mengikut sesuatu jumlah yang tertentu daripada harta itu untuk suatu tempoh tertentu. 

2- Faktor Pendorong : perniagaan sewa beli yang berakhir dengan pemilikan ini menggantikan jual beli secara ansuran mereka mengharapkan kekal dengan barang tersebut. Ini adalah bermaksud, orang yang menyewa beli untuk mendapatkan pemilikannya itu membayar sewa sehingga sempurna keseluruhan bahagian yang harus dibayarnya itu. Maka dengan itu selamatlah haknya dan melindungi daripada menangguhkan tindakan pembeli. Ini adalah pahala yang nyata bagi penyewa itu sehinggalah tidak ada pembatalan di dalam jual beli tersebut. Dan ini juga untuk menghubungkan seseorang yang menyewakan dengan penyewa serta tidak ada halangan untuk penyewa mendapatkan haknya itu. 

3- Gambarannya : untuk sewa beli yang berakhir dengan pemilikan ada beberapa gambarannya iaitu : 

Gambaran yang pertama ialah : apabila terdapatnya dua orang yang berakad didalam sesuatu perniagaan yang mana salah satunya berakhir selama tempoh 10 tahun...............



sambungan di entry post yang akan datang.......

No comments: