Saturday 23 July 2011

(M/S 84)

Diterjemah dan dibentangkan oleh : MOHD HISHAMUDDIN BIN HASHIM (09BI01029) (SMSU 5A)


Dari A’liyah binti Aifa’ bin syurhubail – isteri kepada Abi Ishak assabi’e – telah berkata (( aku dan ibu kepada anak Zaid bin Arqam bersama hamba perempuannya telah masuk ke rumah Aisyah untuk berjumpa Aisyah, maka ibu kepada anak Zaid bin Arqam telah berkata : sesungguhnya aku telah menjual hamba Zaid bin Arqam dengan harga 800 dirham kepada pelanggan yang memilih harga tersebut, kemudian pelanggan tersebut membeli dengan harga 600 dirham, maka Aisyah telah berkata : alangkah buruknya apa yang telah kamu beli – iaitu maksudnya : jual – dan alangkah buruknya apa yang kamu beli, kemudian aku telah menyampaikan berita ini kepada Zaid bin Arqam sesungguhnya Allah telah membatalkan jihadnya bersama Rasulullah sallahualaihiwassalam melainkan dia bertaubat [1]. Kenyataan ini bukanlah ijtihad dari Aisyah, kerana ia adalah qiyas bukan yang dikehendaki. Dan kerana itu ia membatalkan jihad dengan ijtihad bukanlah sesuatu perkara harus, dan kata-kata ibu kepada Zaid Bin Arqam ini membawa maksud apa yang didengarnya dari Rasulullah. 

Sesungguhnya bai’ul I’nah adalah jalan yang menuju kepada riba’ bersama dengan unsur-unsurnya. Dan hukumnya adalah haram. Sepertimana sabda Rasulullah Sallahualaihiwassalam : (( barangsiapa yang mencuba untuk mempertahankan sesuatu keraguan, dia akan dicampakkan ke dalam neraka )) [2]

3) Bai’ul tawarruk 

(1) Takrifnya : tawwaruk ialah suatu cara yang betul dari memberi hutang dalam sesuatu jualan yang tertentu dengan sendirinya orang yang berhutang akan membayar hutangnya secara beransur-ansur dengan harga yang lebih tinggi. Untuk jualan sesuatu pembelian di pasar duit digunakan untuk mendapatkan sesuatu barang yang nak diperlukan [3]

Sebahagian ulama’ berpendapat ((bai’ul I’nah )) dan ( (tawarruk )) sebenarnya kedua-duanya adalah jual beli yang berbeza. 


______________________
[1] Diriwayatkan oleh Baihaqi di dalam sunannya 330/5, dan Abdul Razak di dalam karangannya 184/8, dan Thobari di dalam tafsirnya 466/1. 
[2] Diriwayatkan oleh Bukhari di dalam jual beli bab penerangan halal dan haram, dan Muslim di dalam musaqah bab pengambilan haram dan peninggalan syubahah. 
[3] Kamus bahasa fiqh, perkara : tawarruk.



sambungan di entry post yang akan datang.......

No comments: