Monday 25 July 2011

(M/S 87)

Diterjemah dan dibentangkan oleh : ROSMINAH BT MOHD ELA (09BI01012) (SMSU 5A) 


Dua orang yang berakad untuk sewa rumah dalam tempoh sepuluh tahun dan membayar setiap tahun seribu dinar. Penyewa membayar sewa dan bersetuju dengan perjanjian yang dibuat untuk menjadikan rumah miliknya pada akhir tempoh sewa tanpa apa-apa bayaran penambahan. 

Sesiapa yang meneliti keadaan ini akan mendapati : 

Sesungguhnya niat dua orang yang berakad berdasarkan kepada akad jual secara ansuran dan bukan akad sewa tetapi dilindungi dengan akad sewa dinamakan premium (jaminan) yang dibayar dengan harga pembeli. 

Dalam bentuk ini kita dapati syarat jualan, dimana penjual tidak memindahkan pemilikan jualan, yang dimaksudkan disini ialah rumah untuk pembeli hanya selepas pembayaran harga dan ini adalah syarat harus iaitu syarat yang perlu ada pada mazhab hambali dalam tempoh 82. dan syarat kontrak yang tergantung perlu dibuktikan apabila menerangkan keadaan akad atau akad yang dibubarkan. 

Dalam bentuk kedua : untuk menentukan harga simbolik sesuatu sewa yang berakhir dengan pemilikan, penyewa membuat pembayaran dan pertukaran sepertimana yang dipersetujui untuk menjadikan sesuatu itu miliknya. 

Dalam bentuk ini kita dapati akad sewa telah tamat tempoh dan akad jualan yang mana disyaratkan penyewa membayar sewa yang dipersetujui tepat pada masanya. 

Dan kekal juga sesuatu dengan harga simbolik iaitu pada asalnya harus, dan harus bagi pemilik menyerahkan apa yang dimiliki tanpa menambah apa-apa bayaran (pampasan) kerana dia boleh menjual nilai yang rendah daripada harga asal.


sambungan di entry post yang akan datang.......

No comments: