Saturday 30 July 2011

(M/S 91)

Diterjemah dan dibentangkan oleh : ROSMAINIE BINTI ROFIEE (09BI01224) (SMSU 5A)


Dan Menurut Pendapat Maliki : Wajib menerangkan penambahan yang ditambahan barang disisinya[1]. Dan yang dijualnya bukan daripada penambahan itu, maka Menurut Pendapat Hanafi Dan Maliki, dan iaitu salah satu daripada dua riwayat di sisi Hanbali: Wajib menerangkan penambahan bilangan di sisinya, kerana penambahan itu dihasilkan daripada asal, maka telah menjadi baginya hukum asal,[2] dan Menurut Syafiee pula, iaitu salah satu daripada dua riwayat di sisi Hanbali : tidak wajib untuk menerangkan sedemikian, kerana barang itu tidak kurang walaupun telah dibeli.[3]


- Dan Harga Jualan : Harga Jualan pada akad jual beli barang yang dibayar oleh pembeli bagi penjual pada sesi jual beli yang pertama adalah harga untuk dijual, dan perbelanjaan lain yang dibelanjakan penjual atas barang, dan jumlah keuntungan yang masuk. 


- Harga Yang Dibayar Oleh Penjual Pada Akad Jual Beli Barang Bagi Jualan Pertama : maka disyaratkan padanya menurut Pandangan Hanafi dan Setengah Dari Maliki, sesungguhnya boleh jadi ia adalah perumpamaan- iaitu contoh Jual Beli Di Pasaran-, dan tidak disyaratkan mengikut Syafiee, Hanbali Dan Setangah Daripada Maliki,[4] sepertimana disyaratkan padanya boleh jadi ia adalah barang yang di ketahui, iaitu apa yang disepakati fuqaha’ keatasnya. 


Penipuan Dalam Penyebaran Jumlah Harga : Sesungguhnya penjual yang menipu bagi akad jual beli barang dalam menyebarkan kepada pembeli mengenai jumlah harga barang yang dibeli, sepertimana kalau dibelinya dengan harga seratus, kemudian dia berkata “aku telah membelinya dengan harga seratus lima puluh”, maka menurut Hanafi : jual beli itu sah, dan pembeli mempunyai pilihan untuk mengambil barang itu dengan harga itu atau memilih untuk meninggalkannya.[5]



________________________
[1] Hasyiyah Ad-Dasukhi 3/166. 
[2] Badai’ Sinai’ 5/223, Dan Hasyiyah Ad-Dasuki 3/166, Dan Al-Mughni 4/267. 
[3] Nihayah Al-Muhtaj 4/113, dan Al-Mughni 4/267. 
[4] Badai’ Sinai’ 5/134, dan Al-Khafi 5/705, dan Asni Al-Mutholib Syarhu Raudud Tholib 4/93. 
[5] Al-Mabsud 3/86.

sambungan di entry post yang akan datang.......

No comments: