Friday 29 July 2011

(M/S 90)

Diterjemah dan dibentangkan oleh : NORA SHOFIA BINTI IBRAHIM  (09BI01006) (SMSU 5A)


Bagi transaksi yang memerlukan dua pihak dalam urusan jual beli :  maka terdapat syarat-syarat yang perlu diikuti pertama: berakal, kedua: baligh iaitu tahu membezakan sesuatu atau sudah mumayyiz dan mendapat keizinan walinya dalam urusan jual beli. Tidak terdapat halangan ke atas salah satu pihak iaitu disahkan gila atau telah diisytiharkan muflis. 

dan ada pun barang : Terdapat syarat-syarat bagi barang tersebut hendaklah berada dalam keadaan yang baik. Semasa murabahah atau keadaan selainnya perlu dimaklumkan juga tentang keperincian barang-barang tersebut. Jika merasakan keraguan terhadap barang-barang itu perlu dijelaskan, ianya meliputi jenis barang dan sifat barang yang memerlukan perincian. 

Terdapat juga situasi yang sering berlaku dalam akad jual beli secara murabahah iaitu : 

- Kecacatan barang dipihak penjual 

Pembeli telah membeli barang tersebut dan telah mendapati terdapat kecacatan yang menampakkan keganjilan pada barang-barang itu. Maka ulamak telah bersepakat penjual haruslah memberitahu kecacatan tersebut kepada pembeli. sungguhpun ia telah berlaku kesilapan selepas pembelian barang tersebut. Tetapi jika ia tidak melakukan sedemikian. Hanafi berpendapat haruslah memberitahu kecacatan barang tersebut. Kerana kerosakan itu merupakan kerosakan daripada penjual.[1] Dan pandangan jumhur bersepakat perlu memberi penjelasan terhadap kecacatan itu, kerana murabahah mempunyai nilai amanah dan ketelusan penjual mendedahkan nilai asal barang. Tidak dinafikan dalam keadaan tertentu, pendedahan ini boleh dijadikan strategi bagi memudahkan jualan dibuat.[2]


- Penjual menambah harga barangan 

Beberapa pandangan mengenai penambahan harga barang, jika peningkatan berkaitan penambahan barangan yang asal. Maka ulamak telah bersepakat tidak wajib menyatakan penambahan barang-barang itu. Tetapi jika yang berasingan, sesuatu barang yang dijual secara penambahan. Mengikut pandangan hanafi, syafi’I dan hambali tidak wajib menjelaskan bahawa ini adalah usul-usul penambahan pada barang-barang tersebut. Kerana lebih baik menghindari timbulnya masalah yang berkaitan dengan pendedahan harga modal pada barangan.[3] Pada pandangan maliki: menjadi kewajipan menerangkan tentang pertambahan pada harga barangan. 



_________________________
[1] Bidaa’I as-sona’I 5/223, ,fathu al-kadir syarah al-hidayah 6/505. 
[2] Hashiah ad-dasuki 3/170, wa mughnia al-muhtaj 2/79, wa syarah muntahi iradat 2/ 183. 
[3] Fathul al-kadir syarah al-hidayah 6/507, wa nahayatul al-muhtaj 4/113, wa mughnia 4/268.

sambungan di entry post yang akan datang.......

No comments: