Thursday 28 July 2011

(M/S 89)

Diterjemah dan dibentangkan oleh : NURUL AQMAR BINTI MOHD YUSOP  (09BI01055) (SMSU 5A)

Bentuk keempat : iaitu sewaan yang dimiliki oleh seorang lelaki mengetahui benda yang hendak disewakannya itu, dan pemberi sewa telah menjual sesuatu barang dengan harga yang sebenar kepada penyewa, kontrak sewaan ini akan tamat mengikut masa yang telah ditetapkan dalam kontrak ijarah (sewa). 

Bentuk ini tidak ada kaitan dengan jualan secara ansurans, dan saya melihat kebiasaanya pemberi sewa akan menunaikan janjinya. Seperti yang akan dibincangkan dalam perbahasan seterusnya berkaitan dengan murabahah. 



5) Al-Murabahah : 

a) Definisi : kontrak jual beli di mana harga barang atau aset ditambah keuntungan daripada harga asal. 

b) keperluan murabahah : manusia itu berbeza pada kepakaran dan pengalaman, bagi mereka yang tidak mahir memerlukan kepada pertolongan pihak yang mahir dan sistem murabahah ini membantu membeli setiap pembelian yang boleh memberikan keuntungan kepadanya. 

c) Jual beli amanah terbahagi kepada tiga iaitu : 

               *tawliah : Jualan dengan harga yang sama dengan harga modal 

               *al-wadi’ah: Jualan dengan harga yang lebih rendah daripada harga modal 

               *murabahah: Jualan dengan harga yang lebih tinggi daripada harga modal 

Dinamakan jualan amanah : kerana ketelusan penjual mendedahkan harga jualan yang sebenar kepada pembeli. 

d) Rukun-rukun murabahah : sama dengan rukun yang ada dalam jual beli, iaitu lafaz (sighah), dua orang yang berkontrak, barangan, harga. 

- adapun lafaz itu : dalam murabahah boleh digunakan setiap apa yang menunjukkan ke atas lafaz-lafaz sama ada percakapan yang membawa kepada kontrak atau melalui tulisannya. Seprtimana penggunaan isyarat yang boleh difahami daripada kata-kata. 

Dan penjualan barangan (komoditi) yang dibeli daripada harta kemudiannya, membelanjakan ke atasnya harta itu, serta kesan bagi perbelanjaan tersebut adalah pada nilainya yang dikehendaki dalam akad jual beli murabahah : (bersandarkan kepada akad jual beli)


sambungan di entry post yang akan datang.......

No comments: