Wednesday, 31 August 2011

(M/S 123)

Diterjemah dan dibentangkan oleh : MOHD FAIZ BIN IBRAHIM (10BI01141) (SMSU 5C) 


Pendapat ketiga : jika barang yang dibeli dibayar dengan harga barang yang dijual ini dibolehkan, akan tetapi jika bayaran dibuat melebihi daripada harga barang dan perkhidmatan maka tidak diharuskan, berdasarkan daripada perbelanjaan dan perkhidmatan dengan penilaian, pakar mempersetujui dengan apa yang dipersetujui oleh perbank syariah bank al-rajhi. 

Ada pun dengan penambahan keatas demikian: saya membezakan kerana dalam keadaan ini bank diharuskan mengambil nilai cas perkhidmatan keatas seseorang berdasarkan keatas khidmat yang ditawarkan keatas orang tersebut. Seandainya seseorang tidak membuat sebarang pengeluaran dari bank, bank tidak seharusnya mengenakan sebarang cas tambahan. Ini kerana wujudnya bank adalah memberi pinjaman, dan bukannya mengumpul hutang dan penyewaan dan pajakkan, untuk bank mengelakkan dari timbulnya riba. 


3. Yuran perkhidmatan kad caj untuk membeli barang-barang 

a) Penjelasan : pengeluar kad telah menetapkan keatas pemegang untuk membayar jumlah yang ditetapkan atau nisbah tertentu daripada harga barang setiap pembelian atau khidmat yang diterima direkodkan di dalam kad, dan telah wujud dalam syarat, maka dengan itu pengeluar kad telah mensyaratkan kepada pembeli membayar 1% setiap harga barang yang dibeli di dalam kad, maka pembeli barang dengan harga 1000 dinar contohnya, wajib keatasnya membayar kepada pengeluar kad jumlah 1000+1%= 1010 dinar,dan adalah jumlah awal adalah nilai pembeli, dan jumlah kedua pembeli membuat pembelian. 

b) Dan telah mengambil pandangan badan syariah oleh Kuwait Finace House, dan Hasan Al-Jawahiri.

sambungan di entry post yang akan datang.......

Tuesday, 30 August 2011

(M/S 122)

Diterjemah dan dibentangkan oleh : NORASHIQIN BINTI AMRAN BHASKARAN (10BI01041) (SMSU 5C) 


Dalam kebanyakan kes, umat Islam yang menggunakan kad kredit tidak membiarkan diri mereka untuk menggunakan kad kredit yang berunsur riba. 

2. Yuran pengeluaran wang : Ulama moden berselisih pendapat mengenai hukum mengenakan yuran untuk pembayaran dengan menggunakan kad kredit, Terdapat 3 pandangan. 

Pandangan pertama : Sesungguhnya yuran ini haram. Sama ada yuran ini beberapa peratus daripada amaun yang dibayar, Atau sama ada sekali gus, dan ini ialah pendapat: Panel Syariah bagi syarikat pelaburan islam. Dan juga Panel Syariah bagi Bank Islam Arab. Dr. Abdul Wahab Abu Sulaiman, Dr. Ali Salus, Dr. Muhammad Qari Bin Aid dan lain-lain lagi. 

Mereka menyatakan dalam pandangan mereka : Sesungguhnya pengeluaran wang menggunakan kad merupakan pinjaman daripada pihak penggeluar kad tersebut kepada pemegang. Jika ia pinjaman- iaitu pengeluar, maka apa-apa tambahan daripada pinjamanya- iaitu yuran pengeluaran, maka ia telah mengambil lebihan, dan itu adalah riba, 

Pandangan Kedua : Sesungguhanya yuran itu harus : Sama ada dinisbahkan daripada amaun yang dikeluarkan, atau adakah ia sekali gus, dan ini ialah pendapat: Panel Syariah Rumah Kewangan di Kuwait, seminar Barakah, Abdul Satar Abu Ghaddah, dan Hassan Al-Jawahiri. 

Mereka menyatakan dalam pandangan mereka bahawa yuran ini adalah bayaran kepada perkhidmatan dengan syarat pengeluar kad kepada pemegang kad itu hanya mendapat keuntungan ke atas harta sahaja. 

Pebincangan ini telah membuktikan dengan membenarkan jika yuran sekaligus ke atasnya ia mesti untuk perkhidmatan tiada kaitan dengan hutang sama ada banyak atau sedikit. tetapi jika kadar hutang itu, lebih dekat kepada riba daripada bayaran perkhidmatan, Kerana perkhidmatan bersamaan satu dinar dan seribu dinar, dan ini adalah wajib untuk yuran perkhidmatan bersamaan satu dinar dalam seribu dinar. 



sambungan di entry post yang akan datang.......

Monday, 29 August 2011

(M/S 121)

Diterjemah dan dibentangkan oleh : MAJIDAH BINTI A. KADIR (10BI01046) (SMSU 5C)

2) Mereka Berhujah seperti berikut :

Sesungguhnya yuran pengeluaran dibayar oleh pemegang pengeluar kad yang sebahagiannya sebagai upah pembelanjaan yang ditanggung oleh pengeluar untuk mengeluarkan kad tersebut, seperti nilai plastik, dan upah membuat kad kredit, upah cetak dan kakitangan dan upah barang digunakan dalam membuat kad, dan harga air dan elektrik dan pembaharuan alatan dalam membuat kad dan sebagainya, dan ada sebahagian yang lain daripadanya nilai hak – dan hak-hak yang boleh dijual – yang diberikan pengeluar kad kepada pemegang kad, seperti haknya dalam mendapatkan diskaun dalam harga ke atas sesetengah perkhidmatan, dan haknya mendapatkan duit, dan haknya dalam mendapatkan barang tanpa membuat pembayaran segera, dan sebagainya, dan sesungguhnya dengan membayar seperti itu mendapat kesenangan dari hak ini untuk menghalang pandangan dari menggunakan hak ini atau tidak menggunakannya.


c) Pendapat yang sahih mengharuskan mengambil yuran pengeluaran dan membaharui kad, kerana yuran ini bukan upah yang berganda untuk perkhidmatan kad tersebut seperti mana pandangan pertama, iaitu harga untuk hak pengeluaran diberikan kepada pemegang kad.


Adapun hujah pendapat pertama bermaksud yuran ini mungkin seorang pemegang kad mengunakannya yang mengandungi pengunaan riba, dan demikian itu haram kerana ia sadduz zara’i, maka jawapnya: sadduz zara’i tidak harus diperluaskan, kerana keluasan membawa kepada sadduz zarai, dan Allah s.w.t telah mengangkat ke atas umat nabi Muhammad s.a.w dari kesukaran maka Allah telah berfirman di dalam surah Al-Haj-78 : (dia tidak menjadikan kesukaran untuk mu dalam agama)


Dan dikatakan dengan mengharamkan pemegang kad mengunakan riba, wajib ke atas kita berkata demikian dengan menghalang mengambil pisau di dapur untuk melakukan jenayah.. maka sadduz zara’i tidak dianggap kecuali pada kebiasaannya, dan kebiasaan pemegang kad kredit bagi orang muslimin tidak harus ke atas mereka mengunakan kad kredit sekiranya didalam perkhidmatan tersebut ada riba.


sambungan di entry post yang akan datang.......

Sunday, 28 August 2011

(M/S 120)

Diterjemah dan dibentangkan oleh : UMMU HABEEBAH BINTI ZAKARIA (10BI01026) (SMSU 5C) 

d) Tarjih : 
Sebagaimana yang diterangkan kepada kita dua pendapat yang berkaitan dengan kad kredit iaitu kad kredit sebagai satu bahagian jaminan daripada pengeluar kad kepada pemegang kad, sebagaimana yang diterangkan. 


Yuran Dan Untung Perkongsian Pada Kad Kredit 

1- Yuran pengeluaran dan pembaharuan (renew) : berlaku perbezaan pendapat ulama’ feqah zaman sekarang pada pengharusan mengenai yuran pengeluaran dan pembaharuan kad kredit kepada dua pendapat: 

a) Pendapat yang pertama : Haram mengenakan yuran pengeluaran atau pembaharuan ke atas kad kredit. 

1) Ini adalah pendapat dari Persatuan Biro Kajian Ilmiah dan Fatwa di Kerajaan Arab Saudi, Muhammad A’simin, Bakar Abu Zaid, Sheikh Muhammad Mukhtar Al-Salami Mufti Tunisia, dan selain daripadanya. 

2) Berhujah mereka sebagaimana yang berikut : 

i) Sesungguhnya yuran ini telah menukar akad kad kepada akad mua’adah yang terdapat padanya gharar (keraguan), dan mua’adah terdapat padanya keburukan gharar, dan mungkin gharar pada yuran ini adalah sekiranya terdapat upah yang berganda daripada manfaat kad, maka sesungguhnya bergandalah manfaat yang tidak diketahui ini, sebagaimana kadar manfaat ini tidak diketahui juga, dan ini adalah tidak diketahui gharar fasad dalam akad. 

ii) Sesungguhnya pada kadar yuran itu terdapatnya riba’, kerana sesungguhnya mungkin seseorang itu mendapat hasil (barang) dengan menggunakan kad kerana terpedaya dengan pembelian yang lebih daripada had kemampuan. Maka berturut-turutlah keatasnya hutang dan berturut-turutlah keatasnya faedah- iaitu riba’ yang dikenakan pengeluar kad keatasnya. 

b) Pendapat yang kedua : Harus mengenakan yuran : 

i) Sesungguhnya golongan yang berpendapat begini adalah : (Penasihat Syariah Kuwait Finances House) , (Penasihat Syariah Syarikat (bank) Al-Rajhi) , Seminar Al-Baraqah yang ke-12, Dr. Rafiq Al-Basri, Abdullah Bin Mani’, Abdul Wahab Abu Sulaiman dan selain daripadanya.

sambungan di entry post yang akan datang.......