Diterjemah dan dibentangkan oleh : MUHAMMAD ZAFRUDDIN BIN ABDUL RAHMAN (09BI01097) (SMSU 5B)
2. Hak nama perniagaan : Hak mana-mana peniaga, atau mana-mana institusi, atau pertanian, atau perdagangan untuk membuat nama, adalah untuk mengelakkan daripada produk tiruan, atau hanya untuk pelanggan, sistem di dunia hari ini melindungi nama-nama perniagaan yang telah didaftarkan oleh peniaga, atau petani, atau pedagang kepada institusi atau perniagaan mereka, dan menganggap wang hasil jual beli dianggap sebagai komoditi jual beli, kebiasaan sebuah perniagaan membayar berjuta-juta kepada perniagaan yang lain bagi mendapatkan keizinan menggunakan nama perniagaannya seperti, pepsi kola, Kentucky, dan lain-lain.
3. Pendirian fiqh Islam terhadap nama perniagaan : Peniaga yang mempunyai nama perniagaan dan organisasi, dan jenama, dan berusaha dengan segala kekuatan, dan membelanjakan dana untuk memupuk keyakinan dalam hati orang ramai terhadap nama perniagaannya, oleh itu nama perniagaan tersebut menjadi bebas untuk digunakan pemilik terhadap kedai yang membawa nama perniagaannya, ini telah menjadikan nama perniagaan tersebut bererti terhadap pelanggan yang berurusan dengan nama perniagaan tersebut, dan dimana sahaja pelanggan menemuinya, pelanggan dapat menerima apa jenis produk jenama perniagaan tersebut, tidak kira lah siapa yang menghasilkannya selain daripada pemilik jenama tersebut, oleh itu hak pemilik perniagaan terhadap nama yang dipilih olehnya, dengan itu menjadikan nama tersebut sebagai nilai komersial kewangan, adalah kerana hak untuk mendapatkan manfaat daripadanya, dan dibenarkan untuk pemilik tersebut untuk menjual atau memberikannya kepada orang lain.
Dinyatakan dalam Majlis Fiqh al-Islami dalam persidangan kelima, yang diadakan di Kuwait pada 1-6 Jamadil Awal, bersamaan dengan 10-15 Disember 1988 seperti berikut :
Pertama : nama perniagaan dan alamat perniagaan, dan tanda perniagaan, hak cipta dan paten adalah hak mutlak pemilik peniaga.
sambungan di entry post yang akan datang.......
No comments:
Post a Comment