Showing posts with label Al-Murabahah. Show all posts
Showing posts with label Al-Murabahah. Show all posts

Monday, 1 August 2011

(M/S 93)

Diterjemah dan dibentangkan oleh : SYIFAA BINTI SOPIAN  (09BI01206) (SMSU 5A) 


Keuntungan ialah hasil yang diperolehi dan mesti diketahui syaratnya serta harus memberi tahu benda yang telah diputuskan nisbahnya, contohnya 2% dari harga jualan. 


6) Murabaha Al-Amir Bissyirak :

a) Takrifnya : keuntungan daripada barangan yang dijual ialah meminta seseorang yang lain menjual barang yang telah ditentukan dinyatakan sifatnya dan membeli barang itu maka si penjual mendapat keuntungan daripadanya.[1]

b) Keperluan : dalam menjual beli ada keuntungan, seseorang yang mempunyai perbezaan kebijaksanaan dan pengalaman, dari hasil perbezaan pengalaman dan kebijaksanaan memerlukan bantuan daripada orang yang lebih mengetahui supaya membantu mereka yang tidak berpengalaman. Dan gambaran bantuan ini adalah seperti : seseorang itu membeli apa yang dikehendakinya kemudiannya dia akan membeli semula dan ia akan mendapat keuntungan daripada hasil jualan itu, begitulah cara untuk bermuamalat berdasarkan pengetahuan para fuqaha’ terdahulu.[2]

c) Pembahagian dan hukumnya kita boleh lihat melalui carta keuntungan barang jualan seperti berikut : 


..........sambungan di entry post yang akan datang.......




____________________________
[1] Murobbahah al-amru bisyira’ muamalah khadimah zikruha al imam Syafie fi kitab al-Umm 33/3 wazikruha almalikiah fi kitabihim, unzur al zakhirah lilqurbi 17/5. 
[2] Unzur : almakhorij fi alhill li Muhammmad bin al Hasan. m/s 37 dan 127. Wamabsuth lisarkhi 30/237. Wa mukhadimah al mamuhaddat alibni rasyid 3/ 198 wahuwa masbuq ma’a al mudawwinah. Wa zhakhirah lilkhurfi 5/16-17. Wa al am lil syafie 3/39. Wa iqlam al muaqiin a’an rabbilalamin alibni qim al juziah 4/29. Wakhoiriha.


Sunday, 31 July 2011

(M/S 92)

Diterjemah dan dibentangkan oleh : NURUL AZNI BINTI ABDULLAH (09BI01015) (SMSU 5A)


Dan berkata Malikiah : Jual beli sah, sesungguhnya gugurnya jual beli pada tingkat harga yang tipu. Kebiasaannya, jual beli untuk pembeli tidak kembali haknya, dan tidak gugur untuk pembeli pilihan samada kekal dan terbatal jual beli.[1]

Dan berkata mazhab Syafiie dan hanbali : Jual beli sah, penjual wajib menurunkan harga barangan yang ditipunya. Dan tiada pilihan untuk pembeli.[2]


Peningkatan dan Penurunan Harga : 

Pendapat Hanafiah : Sesungguhnya peningkatan pembeli dalam harga, atau penurunan penjual daripada hak asal akad, dan terbina ke atas pembeli jika berkehendak ke atas penjualan barangan yang dibelinya mengikut sistem murabahah dengan terjadi ke atasnya selepas penurunan atau peningkatan. 

Pendapat mazhab Hanbali: Sesungguhnya penurunan atau peningkatan pada harga selepas kebiasaan akad tidak mempunyai hak dengan asal akad, kerana penurunan hadiah daripada penjual kepada pembeli, dan peningkatan hadiah daripada pembeli untuk penjual.[3]


Ansuran Harga : Sesungguhnya pembelian barangan dengan harga tertangguh ingin menjualnya mengikut sistem murabahah, berkata Jumhur Fuqaha’: Menyatakan ke atasnya pembelian dengan harga tertangguh, kerana barangan jualan pada harga tertangguh dengan menggunakan harga sekarang. Jika tidak dinyatakan, maka pembeli mempunyai pilihan samada untuk membatalkan jual beli atau meneruskannya dengan harga sekarang.[4]


*Dan adapun perbelanjaan lain yang membelanjakannya ke atas barangan, sesungguhnya berkehendak atas pembelian barangannya mengikut sistem murabahah, sesungguhnya lebihan ke atas harga pembelian semua perbelanjaan yang dibelanjakan ke atasnya menunjukkan manusia tahu dengan perbelanjaannya,[5] seperti memperbaiki kerosakan yang lama. 


__________________________
[1] Alkafi 2/ 705. 
[2] Mughna Al Muhtaj 2/79, Furu’ Ibnu Maflah 4/118. 
[3] Badaik Al Sanaik 5/222, Mughna Al Muhtaj 2/78, Al Insaf 4/441. 
[4] Al Hidayah 5/222, Al Hawi 6/343, Al Mughna 6/271,273. 
[5] Al Hidayah 3/56.

sambungan di entry post yang akan datang.......

Saturday, 30 July 2011

(M/S 91)

Diterjemah dan dibentangkan oleh : ROSMAINIE BINTI ROFIEE (09BI01224) (SMSU 5A)


Dan Menurut Pendapat Maliki : Wajib menerangkan penambahan yang ditambahan barang disisinya[1]. Dan yang dijualnya bukan daripada penambahan itu, maka Menurut Pendapat Hanafi Dan Maliki, dan iaitu salah satu daripada dua riwayat di sisi Hanbali: Wajib menerangkan penambahan bilangan di sisinya, kerana penambahan itu dihasilkan daripada asal, maka telah menjadi baginya hukum asal,[2] dan Menurut Syafiee pula, iaitu salah satu daripada dua riwayat di sisi Hanbali : tidak wajib untuk menerangkan sedemikian, kerana barang itu tidak kurang walaupun telah dibeli.[3]


- Dan Harga Jualan : Harga Jualan pada akad jual beli barang yang dibayar oleh pembeli bagi penjual pada sesi jual beli yang pertama adalah harga untuk dijual, dan perbelanjaan lain yang dibelanjakan penjual atas barang, dan jumlah keuntungan yang masuk. 


- Harga Yang Dibayar Oleh Penjual Pada Akad Jual Beli Barang Bagi Jualan Pertama : maka disyaratkan padanya menurut Pandangan Hanafi dan Setengah Dari Maliki, sesungguhnya boleh jadi ia adalah perumpamaan- iaitu contoh Jual Beli Di Pasaran-, dan tidak disyaratkan mengikut Syafiee, Hanbali Dan Setangah Daripada Maliki,[4] sepertimana disyaratkan padanya boleh jadi ia adalah barang yang di ketahui, iaitu apa yang disepakati fuqaha’ keatasnya. 


Penipuan Dalam Penyebaran Jumlah Harga : Sesungguhnya penjual yang menipu bagi akad jual beli barang dalam menyebarkan kepada pembeli mengenai jumlah harga barang yang dibeli, sepertimana kalau dibelinya dengan harga seratus, kemudian dia berkata “aku telah membelinya dengan harga seratus lima puluh”, maka menurut Hanafi : jual beli itu sah, dan pembeli mempunyai pilihan untuk mengambil barang itu dengan harga itu atau memilih untuk meninggalkannya.[5]



________________________
[1] Hasyiyah Ad-Dasukhi 3/166. 
[2] Badai’ Sinai’ 5/223, Dan Hasyiyah Ad-Dasuki 3/166, Dan Al-Mughni 4/267. 
[3] Nihayah Al-Muhtaj 4/113, dan Al-Mughni 4/267. 
[4] Badai’ Sinai’ 5/134, dan Al-Khafi 5/705, dan Asni Al-Mutholib Syarhu Raudud Tholib 4/93. 
[5] Al-Mabsud 3/86.

sambungan di entry post yang akan datang.......

Friday, 29 July 2011

(M/S 90)

Diterjemah dan dibentangkan oleh : NORA SHOFIA BINTI IBRAHIM  (09BI01006) (SMSU 5A)


Bagi transaksi yang memerlukan dua pihak dalam urusan jual beli :  maka terdapat syarat-syarat yang perlu diikuti pertama: berakal, kedua: baligh iaitu tahu membezakan sesuatu atau sudah mumayyiz dan mendapat keizinan walinya dalam urusan jual beli. Tidak terdapat halangan ke atas salah satu pihak iaitu disahkan gila atau telah diisytiharkan muflis. 

dan ada pun barang : Terdapat syarat-syarat bagi barang tersebut hendaklah berada dalam keadaan yang baik. Semasa murabahah atau keadaan selainnya perlu dimaklumkan juga tentang keperincian barang-barang tersebut. Jika merasakan keraguan terhadap barang-barang itu perlu dijelaskan, ianya meliputi jenis barang dan sifat barang yang memerlukan perincian. 

Terdapat juga situasi yang sering berlaku dalam akad jual beli secara murabahah iaitu : 

- Kecacatan barang dipihak penjual 

Pembeli telah membeli barang tersebut dan telah mendapati terdapat kecacatan yang menampakkan keganjilan pada barang-barang itu. Maka ulamak telah bersepakat penjual haruslah memberitahu kecacatan tersebut kepada pembeli. sungguhpun ia telah berlaku kesilapan selepas pembelian barang tersebut. Tetapi jika ia tidak melakukan sedemikian. Hanafi berpendapat haruslah memberitahu kecacatan barang tersebut. Kerana kerosakan itu merupakan kerosakan daripada penjual.[1] Dan pandangan jumhur bersepakat perlu memberi penjelasan terhadap kecacatan itu, kerana murabahah mempunyai nilai amanah dan ketelusan penjual mendedahkan nilai asal barang. Tidak dinafikan dalam keadaan tertentu, pendedahan ini boleh dijadikan strategi bagi memudahkan jualan dibuat.[2]


- Penjual menambah harga barangan 

Beberapa pandangan mengenai penambahan harga barang, jika peningkatan berkaitan penambahan barangan yang asal. Maka ulamak telah bersepakat tidak wajib menyatakan penambahan barang-barang itu. Tetapi jika yang berasingan, sesuatu barang yang dijual secara penambahan. Mengikut pandangan hanafi, syafi’I dan hambali tidak wajib menjelaskan bahawa ini adalah usul-usul penambahan pada barang-barang tersebut. Kerana lebih baik menghindari timbulnya masalah yang berkaitan dengan pendedahan harga modal pada barangan.[3] Pada pandangan maliki: menjadi kewajipan menerangkan tentang pertambahan pada harga barangan. 



_________________________
[1] Bidaa’I as-sona’I 5/223, ,fathu al-kadir syarah al-hidayah 6/505. 
[2] Hashiah ad-dasuki 3/170, wa mughnia al-muhtaj 2/79, wa syarah muntahi iradat 2/ 183. 
[3] Fathul al-kadir syarah al-hidayah 6/507, wa nahayatul al-muhtaj 4/113, wa mughnia 4/268.

sambungan di entry post yang akan datang.......

Thursday, 28 July 2011

(M/S 89)

Diterjemah dan dibentangkan oleh : NURUL AQMAR BINTI MOHD YUSOP  (09BI01055) (SMSU 5A)

Bentuk keempat : iaitu sewaan yang dimiliki oleh seorang lelaki mengetahui benda yang hendak disewakannya itu, dan pemberi sewa telah menjual sesuatu barang dengan harga yang sebenar kepada penyewa, kontrak sewaan ini akan tamat mengikut masa yang telah ditetapkan dalam kontrak ijarah (sewa). 

Bentuk ini tidak ada kaitan dengan jualan secara ansurans, dan saya melihat kebiasaanya pemberi sewa akan menunaikan janjinya. Seperti yang akan dibincangkan dalam perbahasan seterusnya berkaitan dengan murabahah. 



5) Al-Murabahah : 

a) Definisi : kontrak jual beli di mana harga barang atau aset ditambah keuntungan daripada harga asal. 

b) keperluan murabahah : manusia itu berbeza pada kepakaran dan pengalaman, bagi mereka yang tidak mahir memerlukan kepada pertolongan pihak yang mahir dan sistem murabahah ini membantu membeli setiap pembelian yang boleh memberikan keuntungan kepadanya. 

c) Jual beli amanah terbahagi kepada tiga iaitu : 

               *tawliah : Jualan dengan harga yang sama dengan harga modal 

               *al-wadi’ah: Jualan dengan harga yang lebih rendah daripada harga modal 

               *murabahah: Jualan dengan harga yang lebih tinggi daripada harga modal 

Dinamakan jualan amanah : kerana ketelusan penjual mendedahkan harga jualan yang sebenar kepada pembeli. 

d) Rukun-rukun murabahah : sama dengan rukun yang ada dalam jual beli, iaitu lafaz (sighah), dua orang yang berkontrak, barangan, harga. 

- adapun lafaz itu : dalam murabahah boleh digunakan setiap apa yang menunjukkan ke atas lafaz-lafaz sama ada percakapan yang membawa kepada kontrak atau melalui tulisannya. Seprtimana penggunaan isyarat yang boleh difahami daripada kata-kata. 

Dan penjualan barangan (komoditi) yang dibeli daripada harta kemudiannya, membelanjakan ke atasnya harta itu, serta kesan bagi perbelanjaan tersebut adalah pada nilainya yang dikehendaki dalam akad jual beli murabahah : (bersandarkan kepada akad jual beli)


sambungan di entry post yang akan datang.......