Showing posts with label Ba'i At-Tawarruk. Show all posts
Showing posts with label Ba'i At-Tawarruk. Show all posts

Monday, 25 July 2011

(M/S 86)

Diterjemah dan dibentangkan oleh : FATIN NABILAH BINTI MASKOR (09BI01014) (SMSU 5A) 


Kemudian menjadikan sesuatu barang dagangan itu diterima dengan jualan barang selainnya oleh penjual dengan bebas dan penjual tidak ada sebarang hubungan ataupun kaitan dengan jualan yang pertama itu, dengan menjual menggunakan harga pasaran semasa yang terkini. Ini telah menunjukkan bahawa tidak ada sesuatupun harga yang sama dengannya, dan cara ini adalah menjauhkan daripada wujudnya unsur riba di dalam jual beli. 

Sesungguhnya , jual beli secara tawarruq ini tidaklah ditolak oleh syarak maka dengan itu bolah diteruskan dengan menggunakan keharusan pada hukumnya yang asal itu. Maka dengan itu, akad yang dijalankan itu adalah harus selagi tidak mendatangi dalil yang mengharamkannya untuk berjual beli secara tawarruq ini. 

Pada masa kini , manusia sekarang adalah amat memerlukan kepada jual beli secara tawarruq ini, kerana pinjaman yang baik mungkin kadang-kadang akan mengurangkan bilangan ahlinya. Maka dengan itu, sesiapa yang memerlukan ataupun berkehendak kepada harta tidak perlu bersungguh untuk meminjamnya, dan kadang-kadang penyesuaian kepada hak untuk berjual beli barang dagangan secara ansurans ini adalah perlu dan kemudian menjualkannya, walaupun dengan adanya kemungkinan kerugian, penjual menjualnya dengan harga semasa untuk mendapatkan sesuatu nilai yang dikendakinya itu. 

Dan oleh kerana itu, sesungguhnya jual beli secara tawarruq ini ada dua pendapat, iaitu pendapat yang pertama menghalang daripada jual beli ini, dan pendapat yang kedua pula mengharuskannya, dan oleh itu, pendapat muktabar paling mudah diambil di dalam perkara seperti muamalat dan haji kerana ia memudahkan setiap urusan manusia. 



4) Sewa Beli Yang Berakhir Dengan Pemilikan (Al-Ijarah Muntahiyah Biltamlik)

1- Definisi : sewa beli yang berakhir dengan pemilikan ialah akad diantara dua orang yang mana salah seorang itu memerlukan kepadanya mengikut sesuatu jumlah yang tertentu daripada harta itu untuk suatu tempoh tertentu. 

2- Faktor Pendorong : perniagaan sewa beli yang berakhir dengan pemilikan ini menggantikan jual beli secara ansuran mereka mengharapkan kekal dengan barang tersebut. Ini adalah bermaksud, orang yang menyewa beli untuk mendapatkan pemilikannya itu membayar sewa sehingga sempurna keseluruhan bahagian yang harus dibayarnya itu. Maka dengan itu selamatlah haknya dan melindungi daripada menangguhkan tindakan pembeli. Ini adalah pahala yang nyata bagi penyewa itu sehinggalah tidak ada pembatalan di dalam jual beli tersebut. Dan ini juga untuk menghubungkan seseorang yang menyewakan dengan penyewa serta tidak ada halangan untuk penyewa mendapatkan haknya itu. 

3- Gambarannya : untuk sewa beli yang berakhir dengan pemilikan ada beberapa gambarannya iaitu : 

Gambaran yang pertama ialah : apabila terdapatnya dua orang yang berakad didalam sesuatu perniagaan yang mana salah satunya berakhir selama tempoh 10 tahun...............



sambungan di entry post yang akan datang.......

Sunday, 24 July 2011

(M/S 85)

Diterjemah dan dibentangkan oleh : NURKHAIRIYATUL NAJIHAH BT QAMARUL AZLAN (09BI01009) (SMSU 5A) 


2. Gambaran : Ada seorang lelaki memerlukan duit untuk meniaga, dan membeli barang dagangan dengan pembayaran berjangka, untuk dijual di pasar dengan harga murah dan perlu menerima dengan harga yang diterimanya pada keadaan itu. 

Disini, kita dapat perhatikan bahawa apabila pembeli membeli barang dagangan tersebut tanpa niat untuk menggunakannya dan ambik manfaat dari hasil penjualannya. akan tetapi dia berniat untuk menjualnya jika ada kerugian untuk mendapatkan duit sehingga apa yang dihajatnya. 

Dan juga pembeli tidak perlu untuk menjual barang dagangan yang dibelinya, sebagai mana dalam keadaan jual beli, seperti dalam keadaan (jual beli yang ditentukan) akan tetapi dijual dengan barang yang lain. 

3. Sebab dinamakan : dinamakan ia kerana pembeli membeli barang dagangan adakah tidak perlu digunakan atau dimanfaatnya, akan tetapi mahu dapatkan dirham perak. 

4. Hukum : Terdapat perbezaan pendapat fuqaha iaitu: 

- Sebahagian mengatakan makruh manakala Hanbali ambil daripada Ibnu Taimiyah. 

- Sebahagian mengatakan, peningkatan jualan daripada harga barangan berbanding tempoh membayar harga kepada pembeli seolah-olah menjual dirham untuk dirham yang banyak.Ini adalah kerana disyaki berlakunya riba. 

- Jumhur ulama mengatakan harus kerana pembeli telah membeli barang dagangan dengan harga ansuran bersama dengan penambahan harga tunai. Dan telah mengatakan ianya adalah harus.Kemudian adanya jualbeli itu dibolehkan…….[1]


________________________
[1] Buku Ibnu Taimiyah, Tajuk (Jualbeli/4 h,7 kurun)


sambungan di entry post yang akan datang.......

Saturday, 23 July 2011

(M/S 84)

Diterjemah dan dibentangkan oleh : MOHD HISHAMUDDIN BIN HASHIM (09BI01029) (SMSU 5A)


Dari A’liyah binti Aifa’ bin syurhubail – isteri kepada Abi Ishak assabi’e – telah berkata (( aku dan ibu kepada anak Zaid bin Arqam bersama hamba perempuannya telah masuk ke rumah Aisyah untuk berjumpa Aisyah, maka ibu kepada anak Zaid bin Arqam telah berkata : sesungguhnya aku telah menjual hamba Zaid bin Arqam dengan harga 800 dirham kepada pelanggan yang memilih harga tersebut, kemudian pelanggan tersebut membeli dengan harga 600 dirham, maka Aisyah telah berkata : alangkah buruknya apa yang telah kamu beli – iaitu maksudnya : jual – dan alangkah buruknya apa yang kamu beli, kemudian aku telah menyampaikan berita ini kepada Zaid bin Arqam sesungguhnya Allah telah membatalkan jihadnya bersama Rasulullah sallahualaihiwassalam melainkan dia bertaubat [1]. Kenyataan ini bukanlah ijtihad dari Aisyah, kerana ia adalah qiyas bukan yang dikehendaki. Dan kerana itu ia membatalkan jihad dengan ijtihad bukanlah sesuatu perkara harus, dan kata-kata ibu kepada Zaid Bin Arqam ini membawa maksud apa yang didengarnya dari Rasulullah. 

Sesungguhnya bai’ul I’nah adalah jalan yang menuju kepada riba’ bersama dengan unsur-unsurnya. Dan hukumnya adalah haram. Sepertimana sabda Rasulullah Sallahualaihiwassalam : (( barangsiapa yang mencuba untuk mempertahankan sesuatu keraguan, dia akan dicampakkan ke dalam neraka )) [2]

3) Bai’ul tawarruk 

(1) Takrifnya : tawwaruk ialah suatu cara yang betul dari memberi hutang dalam sesuatu jualan yang tertentu dengan sendirinya orang yang berhutang akan membayar hutangnya secara beransur-ansur dengan harga yang lebih tinggi. Untuk jualan sesuatu pembelian di pasar duit digunakan untuk mendapatkan sesuatu barang yang nak diperlukan [3]

Sebahagian ulama’ berpendapat ((bai’ul I’nah )) dan ( (tawarruk )) sebenarnya kedua-duanya adalah jual beli yang berbeza. 


______________________
[1] Diriwayatkan oleh Baihaqi di dalam sunannya 330/5, dan Abdul Razak di dalam karangannya 184/8, dan Thobari di dalam tafsirnya 466/1. 
[2] Diriwayatkan oleh Bukhari di dalam jual beli bab penerangan halal dan haram, dan Muslim di dalam musaqah bab pengambilan haram dan peninggalan syubahah. 
[3] Kamus bahasa fiqh, perkara : tawarruk.



sambungan di entry post yang akan datang.......