Diterjemah dan dibentangkan oleh : SYAIDATUL NORA BINTI SAIDIN (08BI01109) (SMSU 5D)
a) Dividen-dividen yang peniaga ambil daripada sumber modal merupakan bayaran komisyen kepadanya di atas keuntungan yang dihasilkannya melalui modal yang dibayar oleh pelabur (pembawa/pemodal) untuk diberikan/dibayar kepada peniaga.
b) Dividen-dividen ini adalah sebagai pulangan ke atas perkhidmatan yang disediakan oleh peniaga daripada sumber modal seperti mengiklankan melalui penggunaan kad ataupun perbelanjaan-perbelanjaan lain yang ditanggungnya seperti perbualan telefon, mengakseskan tempat perniagaan dengan melalui peralatan komputer dengan menggunakan kad serta pelbagai bahan cetak yang dikeluarkannya, dan sebagainya.
c) Dividen-dividen ini adalah sebagai ganjaran kepada upah broker (brokerage charge) bagi peniaga yang terbukti dengan kemasukan namanya dalam senarai kedai-kedai yang berurusan dengan kad.
3) Tarjih : Dari penyataan di atas, saya lebih cenderung kepada pandangan yang kedua iaitu pandangan yang mengharuskan pemodal untuk memotong daripada bil yang dikemukakan kepadanya oleh peniaga, komisyen tertentu sebagai balasan baginya dan perbelanjaan-perbelanjaan lain yang ditanggungnya, dan Allah lebih mengetahui.
Hak Maknawiyah
Hak maknawiyah adalah hak ke atas sesuatu yang luar biasa, seperti harta intelek dalam pengeluaran pemikiran inteleknya. Antaranya ialah hak cipta pengarang dalam penyelidikan yang beliau tulis, hak inovasi bagi peralatan diciptanya dan hak peniaga bagi nama yang diletakkan di lokasi perniagaannya ataupun cap yang digunakannya.
Sebagaimana manusia itu mempunyai hak pemilikan melalui bahan produk yang dihasilkannya, dia juga mempunyai hak untuk menggugurkannya dengan bayaran gantian ataupun tanpa pampasan seperti haknya dalam urusan penjualan selipar yang diciptanya ataupun bijirin gandum yang ditanam. Beliau mempunyai hak pemilikan produknya secara maknawi seperti harta intelek yang diciptakan kemudian dimasukkan di dalam penulisannya ataupun nama yang diletakkan pada premis perniagaannya sehingga menjadi terkenal sehingga dia mempunyai hak penjualan inteleknya tetapi bukannya buku, penjualan nama perniagaan bukannya premis ataupun penjualan premis bukannya nama perniagaan. Antara hak-hak maknawiyah adalah seperti berikut:
Pertama : Hak cipta Pengarang :
1. Pengenalan : Negara-negara di dunia telah bersetuju untuk melindungi hakcipta penulis bagi sesebuah buku yang ditulisnya. Dalam Perkara 27 Deklarasi Hak Asasi Manusia Sedunia: ((Setiap individu mempunyai hak dalam melindungi kepentingan-kepentingan maknawi dan kebendaan yang terhasil sama ada yang berkait dengan sains, kesusasteraan ataupun kesenian).
Hak cipta pengarang terdapat dalam dua perkara :
Pertama : hak maknawi iaitu hak cipta pengarang untuk menisbahkan buku atau kajiannya buat selama-lamanya.
sambungan di entry post yang akan datang.......
No comments:
Post a Comment