Friday 2 September 2011

(M/S 125)

Diterjemah dan dibentangkan oleh : MOHD HAFIZI BIN MOHD YUSOF (10BI01016) (SMSU 5C)

PULANGAN PERTUKARAN MATAWANG RESIT-RESIT KEPADA MATAWANG KAD.

Penjelasannya : ketika akad pengambilan kad dilakukan antara pengguna kad dan pengeluar kad, jenis matawang yang dibenarkan untuk berurusan dengan kad tersebut telah ditentukan seperti dolar, dinar, lira dan sebagainya. Sekiranya telah ditentukan urusan penggunaan kad dengan dinar contohnya, pembeli telah membeli barang-barang keperluannya dalam dolar dengan menggunakan kad. pengeluar kad perlu menukar segala resit-resit bayaran yang sampai kepadanya daripada peniaga dari dolar kepada dinar. Kemudian pengeluarkan akan membuat potongan daripada akaun pemegang kad sekiranya pemegang kad tersebut mempunyai akaun; atau menuntut daripada pemegang kad supaya membayarnya dengan dinar sekiranya peemegang kad tidak mempunyai akaun. Pengeluar kad boleh mengenakan tambahan ke atas pemegang kad satu yuran yang tertentu dalam proses pertukaran matawang dolar kepada dinar. 

Sepertimana yang kita tahu, bank-bank mengenakan keatas matawang suatu harga jualan juga belian, ketika jualan beli matawang dan sebagainya. Dan disebab ini sekiranya pemegang kad membeli suatu barangan mentah denan dolar, maka perlu membayar kepada pengeluar kad harga tukaran dolar dengan dinar dengan harga belian. Dan harganya lebih rendah daripada harga jualan. Pemegang kad juga membayar kepada pengeluar kad satu yuran yang dipersetujui bagi manfaat yang diperolehi daripada pengkhususan ini. 

Disebabkan itulah yang menjadikan bank mengambil manfaat daripada urusan pemegang kad sebanyak dua kali. Pertamanya pada perbezaan antara harga tukaran dalam urusan jualan dan harganya dalam urusan belian. Kedua ketika mengambil satu kadar upah atas urusan tukaran itu sendiri. 

Hukum dividen ini : Saya fikir tiada perselisihan dalam pengharusan yang menjadikan pengeluar boleh mengambil dua harga pada apa-apa matawang. Pertamanya untuk belian dan keduanya untuk jualan. Kerana ini termasuk dalam bab tukaran. Dan tukaran adalah daripada cabang perniagaan. Sekiranya seseorang membeli suatu mata wang dengan apa jua harga, harus baginya untuk menjual matawang tersebut dengan suatu harga yang disukainya. Selagi tidak berlaku penipuan di dalamnya. 

Manakala yuran yang disyaratkan oleh pengeluarkan ke atas setiap matawang tukaran, terdapat perselisihan ulama’ fiqh mengenai hukumnya :



Diterjemah dan dibentangkan oleh : MUHAMMAD SHUKRI ALIF BIN MOHD AZMAN (10BI01142) (SMSU 5D)


1 ) pendapat pertama : mengambil yuran keatas proses pertukaran adalah diharuskan , sepertimana dipegang oleh pendapat badan kesatuan syariah bank-bank islam , dan syeikh Muhammad mokhtar al-salami , mufti Tunisia. 

Hujah – hujah mereka : sesungguhnya yuran ini adalah harga perkhidmatan yang didahulukan bank untuk pemegang kad , dan bukanlah ia bertentangan dengan syara’. 

2 ) pendapat kedua : pengambilan yuran keatas proses pertukaran tidaklah harus , sepertimana pendapat : Doktor Abdul Wahab Abu Sulaiman , dan Doktor Ali As-salusi. 

Hujah – hujah mereka : sesungguhnya pengeluar kad memberikan proses pertukaran dengan harga yang telah sempurna disepakati antaranya dan antara pemegang , mengambil pertambahan keatas itu – iaitu : yuran – yang tidak mengikut justifikasi / kehendak syara’. Seperti memakan harta manusia dengan batil 

3 ) – Pendapat : pendapat yang lebih jelas bagi saya ( pengarang buku ) adalah pendapat kedua yang dilihat dengan pengharaman pengambilan yuran keatas pertukaran , kerana yuran adalah tidak perlu , iaitu memakan harta manusia dengan batil.


sambungan di entry post yang akan datang.......


No comments: