Diterjemah dan dibentangkan oleh : SITI NURULHAYATI BINTI MOHD YUSOFF (10BI01047) (SMSU 5D)
b) Hukum terhadap pengambilan keuntungan ini ialah : ulama’ telah berselisih pendapat dalam memberi hukum tentang pengambilan keuntungan ini.
1) Pendapat pertama : Adalah haram keatas pengambilan pengeluar keuntungan keuntungan ini. Dan demikian adalah pendapat Ibrahim al-dab, Abu Bakar Zaiddan Abdullah Al- sai’di.
Mereka telah berdalil di atas apa yang pergi kepada mereka bahawa ia telah diibaratkan menyerupai pemotongan harga di dalam bil pembelian, pada masa itu peniaga memberikan punca bil yang telah ditandatangani oleh pemegang kad – yang mana bil itu telah berfungsi sebagai surat perjanjian hutang – maka potongan harga yang diberikan kepada peniaga adalah kurang harganya daripada harga yang telah direkodkan, dan penjualan secara hutang yang mana harganya lebih kurang dari harga yang dicatatkan, ia dinamakan riba.
Dan mereka telah membincangkan perkara-perkara berikut :
- Sesungguhnya berkenaan dengan diskaun dokumen hutang adalah :bagi pinjaman secara hutang tidak harus menangguhkan pembayaran hutang sehingga tamatnya tempoh pembayaran. Dan dengan itu ia serupa dengan tempoh wang dalam jangka hutang, ia adalah riba, ada pun disini : sesungguhnya hutang yang dibawa oleh bil itu adalah hutang yang habis tempohnya dan ia wajib dibayar, dan bukan disebabkan dengan penangguhan.
- Sesungguhnya pemotongan harga pada bil pembayaran adalah terlepas dari pengawasan pihak bank, yang mana satu pihak yang membuata kad tidak terikat baginya dengan transaksi bank. Ada pun potongan harga keatas invois yang dicatatkan keatas kad kredit adalaht erlepas daripada jaminan asal. Yang mana pihak yang berakad itu yang mengetuai transaksi, ia adalah sebagai jaminan bagi pemegang kad kepada peniaga.
2) Pendapat kedua : Adalah harus untuk mengambil sumber faedah ini. Sesungguhnya yang telah mengamalkan pengambilan faedah keuntungan ini adalah : Persatuan Pembiayaan Syariah, Syarikat Lembaga Syariah Al-Rajhi, Hassan Al-Jauhari, Abdul Satar Abu Ghadah, Naziah Himad,Wahbahal-Zuhaili, Rafiq Al-Masri, Abdul Wahab Abu Sulaiman dan lain-lain lagi.
sambungan di entry post yang akan datang.......
No comments:
Post a Comment