Showing posts with label Al-Ijarah Muntahiyah Biltamlik. Show all posts
Showing posts with label Al-Ijarah Muntahiyah Biltamlik. Show all posts

Thursday, 28 July 2011

(M/S 89)

Diterjemah dan dibentangkan oleh : NURUL AQMAR BINTI MOHD YUSOP  (09BI01055) (SMSU 5A)

Bentuk keempat : iaitu sewaan yang dimiliki oleh seorang lelaki mengetahui benda yang hendak disewakannya itu, dan pemberi sewa telah menjual sesuatu barang dengan harga yang sebenar kepada penyewa, kontrak sewaan ini akan tamat mengikut masa yang telah ditetapkan dalam kontrak ijarah (sewa). 

Bentuk ini tidak ada kaitan dengan jualan secara ansurans, dan saya melihat kebiasaanya pemberi sewa akan menunaikan janjinya. Seperti yang akan dibincangkan dalam perbahasan seterusnya berkaitan dengan murabahah. 



5) Al-Murabahah : 

a) Definisi : kontrak jual beli di mana harga barang atau aset ditambah keuntungan daripada harga asal. 

b) keperluan murabahah : manusia itu berbeza pada kepakaran dan pengalaman, bagi mereka yang tidak mahir memerlukan kepada pertolongan pihak yang mahir dan sistem murabahah ini membantu membeli setiap pembelian yang boleh memberikan keuntungan kepadanya. 

c) Jual beli amanah terbahagi kepada tiga iaitu : 

               *tawliah : Jualan dengan harga yang sama dengan harga modal 

               *al-wadi’ah: Jualan dengan harga yang lebih rendah daripada harga modal 

               *murabahah: Jualan dengan harga yang lebih tinggi daripada harga modal 

Dinamakan jualan amanah : kerana ketelusan penjual mendedahkan harga jualan yang sebenar kepada pembeli. 

d) Rukun-rukun murabahah : sama dengan rukun yang ada dalam jual beli, iaitu lafaz (sighah), dua orang yang berkontrak, barangan, harga. 

- adapun lafaz itu : dalam murabahah boleh digunakan setiap apa yang menunjukkan ke atas lafaz-lafaz sama ada percakapan yang membawa kepada kontrak atau melalui tulisannya. Seprtimana penggunaan isyarat yang boleh difahami daripada kata-kata. 

Dan penjualan barangan (komoditi) yang dibeli daripada harta kemudiannya, membelanjakan ke atasnya harta itu, serta kesan bagi perbelanjaan tersebut adalah pada nilainya yang dikehendaki dalam akad jual beli murabahah : (bersandarkan kepada akad jual beli)


sambungan di entry post yang akan datang.......

Tuesday, 26 July 2011

(M/S 88)

Diterjemah dan dibentangkan oleh : SITI NURULHUDA BT MOHD AYUB (09BI01004) (SMSU 5A) 


Sesungguhnya dalam unsur pemilikkan terhadap sesebuah perdagangan adalah sesuatu yang mustahil akan adanya unsur kebajikan, kerana dalam sesebuah perdagangan tersebut adalah lebih kepada unsur keuntungan. 

Dalam hal ini, bahawa penyewa yang membuat sesuatu pajakan meletakkan ansuran atau sewa yang tinggi pada akhir tempoh pembayaran. Kerana hasrat hak punya tanah sebenar adalah untuk menjual dan bukannya untuk di pajak . 

Manakala Gambaran ketiga : pula adalah pajakan yang di buat oleh seorang lelaki yang mana telah dibayar balik harga pajakan tersebut, kerana ia mempunyai hutang yang belum di selesaikan sehingalah akhir tempoh kontrak yang di buat antara kedua-dua pihak, dan tuan asal kepada sesuatu pajakan itu menarik balik barang yang dipajak kepada penghutang tersebut dan tuan asal pajakan itu menjadi hak milik yang mutlak. 

Walaupun gambaran ini tiada kaitan dengan jualan secara ansuran , tetapi ia menunjukkan bahawa kedua-dua pihak telah bersetuju dengan harga terhadap sesuatu pajakkan yang di buat antara kedua-dua pihak tersebut maka kontrak tersebut dikira sah, kecuali salah seorang pihak tersebut tidak bersetuju dengan harga yang di tentukan oleh pihak yang satu lagi maka barulah dikatakan kotrak tersebut tidak wujud. Harga jualan yang dijual oleh penyewa dalam masa kontrak tersebut terdapat kekaburan atau pun rasuah pada akhir tempoh pajakan. 

Kontrak jualan tersebut adalah mengenai jual beli dalam masa kontrak. Sebagai pemilik dan penyewa, harga sewa yang tidak dapat di jelaskan dalam masa yang telah di tetapkan akan adanya kontrak antara kedua-dua pihak.

sambungan di entry post yang akan datang.......

Monday, 25 July 2011

(M/S 87)

Diterjemah dan dibentangkan oleh : ROSMINAH BT MOHD ELA (09BI01012) (SMSU 5A) 


Dua orang yang berakad untuk sewa rumah dalam tempoh sepuluh tahun dan membayar setiap tahun seribu dinar. Penyewa membayar sewa dan bersetuju dengan perjanjian yang dibuat untuk menjadikan rumah miliknya pada akhir tempoh sewa tanpa apa-apa bayaran penambahan. 

Sesiapa yang meneliti keadaan ini akan mendapati : 

Sesungguhnya niat dua orang yang berakad berdasarkan kepada akad jual secara ansuran dan bukan akad sewa tetapi dilindungi dengan akad sewa dinamakan premium (jaminan) yang dibayar dengan harga pembeli. 

Dalam bentuk ini kita dapati syarat jualan, dimana penjual tidak memindahkan pemilikan jualan, yang dimaksudkan disini ialah rumah untuk pembeli hanya selepas pembayaran harga dan ini adalah syarat harus iaitu syarat yang perlu ada pada mazhab hambali dalam tempoh 82. dan syarat kontrak yang tergantung perlu dibuktikan apabila menerangkan keadaan akad atau akad yang dibubarkan. 

Dalam bentuk kedua : untuk menentukan harga simbolik sesuatu sewa yang berakhir dengan pemilikan, penyewa membuat pembayaran dan pertukaran sepertimana yang dipersetujui untuk menjadikan sesuatu itu miliknya. 

Dalam bentuk ini kita dapati akad sewa telah tamat tempoh dan akad jualan yang mana disyaratkan penyewa membayar sewa yang dipersetujui tepat pada masanya. 

Dan kekal juga sesuatu dengan harga simbolik iaitu pada asalnya harus, dan harus bagi pemilik menyerahkan apa yang dimiliki tanpa menambah apa-apa bayaran (pampasan) kerana dia boleh menjual nilai yang rendah daripada harga asal.


sambungan di entry post yang akan datang.......

(M/S 86)

Diterjemah dan dibentangkan oleh : FATIN NABILAH BINTI MASKOR (09BI01014) (SMSU 5A) 


Kemudian menjadikan sesuatu barang dagangan itu diterima dengan jualan barang selainnya oleh penjual dengan bebas dan penjual tidak ada sebarang hubungan ataupun kaitan dengan jualan yang pertama itu, dengan menjual menggunakan harga pasaran semasa yang terkini. Ini telah menunjukkan bahawa tidak ada sesuatupun harga yang sama dengannya, dan cara ini adalah menjauhkan daripada wujudnya unsur riba di dalam jual beli. 

Sesungguhnya , jual beli secara tawarruq ini tidaklah ditolak oleh syarak maka dengan itu bolah diteruskan dengan menggunakan keharusan pada hukumnya yang asal itu. Maka dengan itu, akad yang dijalankan itu adalah harus selagi tidak mendatangi dalil yang mengharamkannya untuk berjual beli secara tawarruq ini. 

Pada masa kini , manusia sekarang adalah amat memerlukan kepada jual beli secara tawarruq ini, kerana pinjaman yang baik mungkin kadang-kadang akan mengurangkan bilangan ahlinya. Maka dengan itu, sesiapa yang memerlukan ataupun berkehendak kepada harta tidak perlu bersungguh untuk meminjamnya, dan kadang-kadang penyesuaian kepada hak untuk berjual beli barang dagangan secara ansurans ini adalah perlu dan kemudian menjualkannya, walaupun dengan adanya kemungkinan kerugian, penjual menjualnya dengan harga semasa untuk mendapatkan sesuatu nilai yang dikendakinya itu. 

Dan oleh kerana itu, sesungguhnya jual beli secara tawarruq ini ada dua pendapat, iaitu pendapat yang pertama menghalang daripada jual beli ini, dan pendapat yang kedua pula mengharuskannya, dan oleh itu, pendapat muktabar paling mudah diambil di dalam perkara seperti muamalat dan haji kerana ia memudahkan setiap urusan manusia. 



4) Sewa Beli Yang Berakhir Dengan Pemilikan (Al-Ijarah Muntahiyah Biltamlik)

1- Definisi : sewa beli yang berakhir dengan pemilikan ialah akad diantara dua orang yang mana salah seorang itu memerlukan kepadanya mengikut sesuatu jumlah yang tertentu daripada harta itu untuk suatu tempoh tertentu. 

2- Faktor Pendorong : perniagaan sewa beli yang berakhir dengan pemilikan ini menggantikan jual beli secara ansuran mereka mengharapkan kekal dengan barang tersebut. Ini adalah bermaksud, orang yang menyewa beli untuk mendapatkan pemilikannya itu membayar sewa sehingga sempurna keseluruhan bahagian yang harus dibayarnya itu. Maka dengan itu selamatlah haknya dan melindungi daripada menangguhkan tindakan pembeli. Ini adalah pahala yang nyata bagi penyewa itu sehinggalah tidak ada pembatalan di dalam jual beli tersebut. Dan ini juga untuk menghubungkan seseorang yang menyewakan dengan penyewa serta tidak ada halangan untuk penyewa mendapatkan haknya itu. 

3- Gambarannya : untuk sewa beli yang berakhir dengan pemilikan ada beberapa gambarannya iaitu : 

Gambaran yang pertama ialah : apabila terdapatnya dua orang yang berakad didalam sesuatu perniagaan yang mana salah satunya berakhir selama tempoh 10 tahun...............



sambungan di entry post yang akan datang.......