Showing posts with label Ba'i Al-inah. Show all posts
Showing posts with label Ba'i Al-inah. Show all posts

Saturday, 23 July 2011

(M/S 84)

Diterjemah dan dibentangkan oleh : MOHD HISHAMUDDIN BIN HASHIM (09BI01029) (SMSU 5A)


Dari A’liyah binti Aifa’ bin syurhubail – isteri kepada Abi Ishak assabi’e – telah berkata (( aku dan ibu kepada anak Zaid bin Arqam bersama hamba perempuannya telah masuk ke rumah Aisyah untuk berjumpa Aisyah, maka ibu kepada anak Zaid bin Arqam telah berkata : sesungguhnya aku telah menjual hamba Zaid bin Arqam dengan harga 800 dirham kepada pelanggan yang memilih harga tersebut, kemudian pelanggan tersebut membeli dengan harga 600 dirham, maka Aisyah telah berkata : alangkah buruknya apa yang telah kamu beli – iaitu maksudnya : jual – dan alangkah buruknya apa yang kamu beli, kemudian aku telah menyampaikan berita ini kepada Zaid bin Arqam sesungguhnya Allah telah membatalkan jihadnya bersama Rasulullah sallahualaihiwassalam melainkan dia bertaubat [1]. Kenyataan ini bukanlah ijtihad dari Aisyah, kerana ia adalah qiyas bukan yang dikehendaki. Dan kerana itu ia membatalkan jihad dengan ijtihad bukanlah sesuatu perkara harus, dan kata-kata ibu kepada Zaid Bin Arqam ini membawa maksud apa yang didengarnya dari Rasulullah. 

Sesungguhnya bai’ul I’nah adalah jalan yang menuju kepada riba’ bersama dengan unsur-unsurnya. Dan hukumnya adalah haram. Sepertimana sabda Rasulullah Sallahualaihiwassalam : (( barangsiapa yang mencuba untuk mempertahankan sesuatu keraguan, dia akan dicampakkan ke dalam neraka )) [2]

3) Bai’ul tawarruk 

(1) Takrifnya : tawwaruk ialah suatu cara yang betul dari memberi hutang dalam sesuatu jualan yang tertentu dengan sendirinya orang yang berhutang akan membayar hutangnya secara beransur-ansur dengan harga yang lebih tinggi. Untuk jualan sesuatu pembelian di pasar duit digunakan untuk mendapatkan sesuatu barang yang nak diperlukan [3]

Sebahagian ulama’ berpendapat ((bai’ul I’nah )) dan ( (tawarruk )) sebenarnya kedua-duanya adalah jual beli yang berbeza. 


______________________
[1] Diriwayatkan oleh Baihaqi di dalam sunannya 330/5, dan Abdul Razak di dalam karangannya 184/8, dan Thobari di dalam tafsirnya 466/1. 
[2] Diriwayatkan oleh Bukhari di dalam jual beli bab penerangan halal dan haram, dan Muslim di dalam musaqah bab pengambilan haram dan peninggalan syubahah. 
[3] Kamus bahasa fiqh, perkara : tawarruk.



sambungan di entry post yang akan datang.......

Friday, 22 July 2011

(M/S 83)

Diterjemah dan dibentangkan oleh : AG. AQMAL HAMIMI AG. ABD GHANI (09BI01030) (SMSU 5A)



Dan kita Perhatikan sesungguhnya berlaku perbezaan diantara gambaran yang sebelumnya iaitu: wujud syarat pada gambaran yang pertama , dan tiada pada gambaran kedua. 

Dan berbeza pendapat fuqaha pada gambaran kedua yang mana tidak ada syarat padanya. 

-Mazhab syafie berpendapat dalam mengharuskan kepada jual beli 2 pihak, dengan makna pada gambaran kedua. 

Dipetik daripada itu : 
= Sesungguhnya Abdullah bin omar dalam mengharuskan.[1]

= Dan sesungguhnya pembeli boleh membeli barang yang dibeli olehnya dan menjual kepada orang lain dengan harga yang lebih rendah ataupun tinggi daripada harga yang dibelinya.maka dibolehkan menjual barang tersebut.

=Daripada Jumhur fuqaha dalam mengharamkan (بيع العينة ) iaitu daripada kalangan sahabat : abdullah bin abbas,[2] aisyah.[3] Dan para tabi’in : hasan basri,[4] ibnu sairin,syu’bi, nakhi, rabiah bin abdul rahman,[5] daripada imam : suari,[6] wazai’[7], abu hanifah.malik,ishak bin rahawai, ahmad bin hambal,dan lain-lain. 

Di petik daripada itu keatas pengharaman (بيع العينة ) : 
= Maksudnya: Apabila kamu berjual beli secara 'inah (العينة )dan kamu mula lebih reda dengan perniagaan dan cucuk tanaman sehingga meninggalkan jihad, lalu Allah akan menimpakan ke atasmu kehinaan dan tidak akan mencabutnya daripadamu sehinggalah kamu kembali kepada (mengutamakan hukum) agamamu (berbanding helah riba dan kecintaan kepada harta). 
- Riwayat Abu Daud
_______________________
[1] Ensiklopedia Feqah Abdullah Bin Omar
[2] Ensiklopedia Feqah Abdullah Bin Abbas
[3] Ensiklopedia Feqah Aisyah
[4] Ensiklopedia Feqah Hassan Al-Basri
[6] Ensiklopedia Feqah Sufian Al-Suari
[7]Kitab Al-Mugni 260/6\


sambungan di entry post yang akan datang.......

Thursday, 21 July 2011

(M/S 82)

Diterjemah dan dibentangkan oleh : MOHD ISHAK BIN ZULKIFLY (09BI01063) (SMSU 5A)


1) Gambaran asal Ba'i Bisaman Ajil (BBA) : Yang di takrifkan dengan harga jualan ansuran ialah yang menunjukkan contohnya : seorang lelaki membeli barangan itu dengan harga tunai 100 dinar dan jika di bayar secara ansuran dikehendaki membayar dengan harga 120 dinar. 

Telah di bincangkan dalam perkembangan ini : daripada gambaran ini menerangkan kepada kita bahawa dengan jualan ansuran akan mendapat pulangan yang sangat lumayan.2) Jual beli ‘INAH (antara 2 pihak) : 

a) Pengertian Jual Beli ‘Inah : 
Istilah jual beli antara 2 pihak : Jual beli barang seseorang kepada orang lain dengan harga yang diketahui yang diberikan selepas 6 bulan contohnya, dengan menjualnya terus dengan harga yang ditentukan. Maka kemudian dijualkan kembali barang tersebut secara tunai,sebelum menyempurnakan harga dengan yang lebih murah. 
Bukanlah daripada jualan tersebut menjual dengan sesuatu barang dengan harga pertama yang bukan dengan harga mahal sepertimana yang di jual sebelum ini. Apabila penjual berhajat untuk mendapatkan barangnya kembali,oleh itu penjual boleh membeli kembali barang yang telah dijualnya itu dengan harga yang sama ataupun dengan harga yang lebih tinggi. Ini kerana,tiada syak wasangka/keraguan dalam perniagaan tersebut.

b) Sebab Penamaan : 
Pembeli mendapat barang iaitu barang yang boleh nampak samada : duit – pembeli mendapat balik duit itu. 

c) Hukum : terdapat dua gambaran jual beli antara dua pihak ini iaitu : 
1) penjual itu mestilah menjual barang dengan harga tertentu samada dengan cara ansuran. Dan di syaratkan bayar ansuran tadi :penjual – mestilah dibayar secara tunai dengan harga yang lebih rendah. Bayaran secara ansuran ini tak di sepakati oleh ulama’.ulama’ mengharamkan jualan ini.keran terdapat beberapa keadaan tertentu mengandungi unsur riba. 
2) penjual menjual terus barang itu secara ansuran.


sambungan di entry post yang akan datang........