Showing posts with label Transaksi Ke-4 : Surat Jaminan. Show all posts
Showing posts with label Transaksi Ke-4 : Surat Jaminan. Show all posts

Thursday, 18 August 2011

(M/S 110)

Diterjemah dan dibentangkan oleh : SUFIA NAZIRA BINTI MOHD YUSOF (09BI01096) (SMSU 5B) 

Kesimpulan : Sesungguhnya surat jaminan merupakan satu akad yg khusus lebih banyak cenderung kepada wakil, dan terselindung daripada pihak pelanggan, dan harus dan diharuskan mengambil upah keatasnya, kerana ianya mengambil upah keatas wakil. 

Adapun jika yg benar itu daripada pihak belah pelanggan dan maka ia lebih dekat kepada jaminan,jaminan itu harus, akan tetapi tidak harus mengambil upah keatasnya atas kata-kata jumhur ulama’, kerana tidak harus mengambil upah keatas jaminan di sisi mereka, dan pada pendapat saya (pengarang) harus mengambil upah keatas jaminan perniagaan tanpa jaminan individu, maka akan keatasnya harus mengambil upah keatas ganti rugi itu. 

Maka telah bersependapat beberapa ulama’ akan surat jaminan adalah satu akad drpd akad-akad moden, tidak ada contoh dalam undang-undang, dan apabila begitu maka ia haruslah kerana tidak terdapat dalam syariah bahawa ia ditegah atau dihalang. 


Transaksi Kelima : Kad Kredit 

1. Takrif Kad Kredit : ianya adalah benda yg bersandarkan khas daripada bank ataupun syarikat kewangan yang membolehkan pembawa kad untuk dapatkan kepada barang atau khidmat atau orang-orang yang menerima wang untuk berurusan dengan dokumen ini, disandarkan bagi apa jua kehendak yang kemudian membayar balik keatas pembawa kad untuk sumber nilai barangan atau perkhidmatan atau wang yang diperolehinya. 

2. Sejarah Kad Kredit : berbalik pada sejarah kad kad ini bermula pada hujung kurun 19, ketika mana apa yg disandarkan keatasnya syarikat tekstil dan pakaian Britain membahagikan kepada pekerja-pekerja mereka kad-kad digunakan di kedai-kedai perniagaan, tapi mereka hanya menerima kerpeluan tersebut tanpa ada niat untuk bayar harga barang keperluan itu tadi, dan adalah dalam syarikat itu akan dibayar keperluan-keperluan ini kepada pemilik-pemilik kedai, kemudian telah ditetapkan untuk pelanggan-pelanggan mereka membeli keperluan apa yang telah dibayar untuk mereka.


sambungan di entry post yang akan datang.......

Wednesday, 17 August 2011

(M/S 109)

Diterjemah dan dibentangkan oleh : AINON MARDHIAH BINTI ZAWAWI (09BI01090) (SMSU 5B) 

Pandangan penulis dalam hukum ini : mengambil bayaran keatas jaminan – sesungguhnya wajib menolak pandangan ini. Dan apa yg dilihat, pertukaran hal2/keadaan jaminan hari ini, tidak dapat dinafikan bahawa pertukaran hukum seiring dengan pertukaran zaman,[1] perubahan adat rakyatnya dan tabiat mereka[2], dan juga kerana meraka tidak tahu bahawa nas syarie daripada Al-quran ataupun sunnah menghalang pengambilan bayaran keatas jaminan. 

Pandangan penulis yang membolehkan jaminan terdapat 2 jenis : 

Jenis pertama : Kafalah Peribadi ( Jaminan Peribadi) : Jaminan hutang Istihlaki (pakai habis) contoh: makanan, minuman : jaminan jenis pertama ini seperti jaminan fakir miskin keatas hutang mereka, dan ini merupakan bab ihsan, dan ianya kewajipan manusia dan agama maka tidak sesuai bagi orang muslim membiarkannya, firman Allah dalam surah al-maidah : dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertakwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa dan pencerobohan. Oleh itu, mengambil bayaran bagi jaminan ini menjejaskan maksud sebaliknya(ayat quran ini) 

Jenis kedua : jaminan Bisnes (Perniagaan) : Jaminan perniagaan, seperti jaminan keuntungan untuk masuk dalam tender atau tawaran perniagaan atau pelaburan yang boleh membuat kekayaan daripadanya, jenis ini dituntut kepada penjamin dan bukanlah kepada fakir miskin, tetapi masalah prosedur yang ada tidak membolehkannya daripada mencapai hasil yang baik melainkan dengan memberi jaminan, pandangan penulis disini, harus mengambil bayaran bagi jaminan jenis ini, kerananya penjamin termasuk/ terlibat dalam masalah kewangan, dan keuntungan dan kerugian perkongsian, terutamanya jika penjamin mengambil jaminan seperti ini dan membuat duit dengan cara sebegini. Hal ini juga seperti ahli feqah yang tidak harus baginya mengambil bayaran keatas pendidikan feqah melainkan jika mengambil bayaran itu setelah selesai pendidikan tersebut[3]

Dan jika diharuskan mengambil bayaran keatas jaminan bisnes/perniagaan, diharuskan kepada bank untuk mengambil bayaran keatas jaminan yang memenuhi syarat pelanggan dalam surat jaminan. 

Kesimpulan Penulis : sesungguhnya surat jaminan merupakan akad khusus yang hampir dengan wakalah....



______________________
[1] Jurnal Hukum, jilid 39 
[2] Syarah Kawaid Fiqhiyah , halaman 173, Sheikh Ahmad Zarqa 
[3] Fatwa Hindu 5/379 


sambungan di entry post yang akan datang.......

Tuesday, 16 August 2011

(M/S 108)

Diterjemahkan  oleh : NORLIANA BINTI ABDULL GHANI (09BI01058) (SMSU 5B)
*tidak menghadirkan diri pada hari pembentangan

d) Dan masa surat jaminan tidak menjadi masalah, kerana hanafi maliki hambali (mereka) membenarkan jaminan[1]

e) Surat jaminan dapat membentuk hubungan dua hala antara bank dan penerima faedah (pengguna), dan jaminan menbentuk hubungan tiga golongan ini iaitu penjamin,orang yang dijamin dan orang yang menerima faedah. 

f) Surat jaminan diberikan pengguna kepada bank ketika membuat akad tuntutan secara bayaran yang dipersetujui antara mereka(bank &pelanggan), dan pada jaminan tidak diharuskan oleh ulama mengambil bayaran terhadap jaminan kerana pada mereka (ulamak) suatu akad yang baik,dan mengambil bayaran keatas suatu akad yang baik bertentangan dengan akad. 

Dan secara hakikat apa yang diberikan/dibayar pelanggan –orang yang dijamin-kepada bank-penjamin-daripada harta ada dua jenis yang asalnya : 

Pertama : sesungguhnya dikeluarkan pelanggan bayaran yang pelbagai untuk perbelanjaan yang ditanggung oleh pihak bank mengeluarkan surat jaminan,dan ini dibangkitkan dalam seminar fatwa fiqh yang pertama dirumah pembiayaan Kuwait(Kuwait finance hause) yang diadakan di Kuwait antara 7-11 rejab tahun 1407 hijrah,dan apa yang dibincangkan daripada itu adalah bayaran yang diambil oleh perbankkan islam dalam pengeluaran surat jaminan merujuk kepada perniagaan perbankkan bank bagi pengeluaran surat dan bukan jaminan yang disediakan kepada pelanggan bank. 

Kedua : sesungguhnya dikeluarkan oleh pelanggan untuk jaminan yang disediakan oleh bank,dan majoriti ulamak islam tidak membenarkan mengambil bayaran daripada jaminan kerana jaminan adalah suatu akad yang baik. 



______________________
[1] Fatwa india 3/272 dan 278,dusuki,syarhul kabir 3/331,wal insof 5/213.


sambungan di entry post yang akan datang.......

Monday, 15 August 2011

(M/S 107)

Diterjemah dan dibentangkan oleh : SITI NURHUDA BINTI AWANG (09BI01056) (SMSU 5B) 

Berkatalah Abu Qatadah : " Ya Rasulullah , Dua dinar itu tanggung jawabku." Maka Rasulullah berkata : keduanya itu (dua dinar) adalah dipertanggungjawabkan ke atas kamu daripada harta kamu , manakala Jenazah ini akan terlepas daripada tanggungjawabnya )? Abu Qatadah menjawab : Ya, lalu Rasulullah Shollallahu ‘alaihi wassalam mensolatkan ke atas Jenazah itu.[1]

c) Dalam percakapan yang mengandungi kesempurnaan akad di antara wakil yang sanggup dan bank yang akan menjamin tanpa bersekutu/menjadi sekutu berkongsi dengannya faedah dalam akad tersebut dan tidak menerima dalam pengakuan tersebut.Tidak ragu-ragu kemusykilan dalam menjamin orang salah, kerana Hanabilah dan Abu Yusuf daripada Hanafiah mengharuskan jaminan tanpa izin orang yang disanggup baginya dan tidak redha ke atasnya(orang yang mengatakan tidak redha ke atasnya) ke atas hadith terdahulu.[2]

Dan Hadith Salmah bin Akwa’RA telah berkata: Kami telah duduk disisi Rasullullah SAW ketika datangnya dengan jenazah , maka berkatalah mereka:solatlah keatasnya, maka Rasullullah SAW telah berkata:Adakah mempunyai hutang ke atasnya? Katanya lagi:Tiada, Rasullullah berkata:Adakah dia ada meninggalkan sesuatu?Katanya lagi:Tidak, maka solatlah ke atasnya,kemudian datangnya jenazah yang lain, katanya;Ya Rasullullah solatlah ke atasnya, maka Rasullullah berkata : Adakah dia ada meninggalkan hutang? Katanya lagi tidak, Rasullullah berkata lagi:Adakah dia ada meninggalkan sesuatu?Katanya lagi(para sahabat) Tiga dinar, maka solatlah keatasnya, kemudiannya datang orang yang ketiga (jenazah) Mereka (para sahabat) berkata solatlah keatasnya.Rasullullah bersabda: Adakah dia ada meninggalkan sesuatu?Katanya:Tidak ada,Rasullullah berkata: Adakah si mati ada mempunyai hutang? Katanya lagi Tiga Dinar, Rasullullah berkata: Bersolatlah kamu ke atas sahabat –sahabat kamu.Telah berkata Abu Qatadah Rasullullah SAW telah bersolat ke atas mereka dan aku yang menanggung hutangnya , maka solatlah nabi keatasnya.[3]

Dan juga sekiranya orang yang sanggup menanggung(hutang) redha baginya: iaitu (mustafid ) diketahui wujud kerana mengetahui terjadinya penerimaan kesempurnaan percakapan ketika terjadi urusan dengan bank dengan memperolehi manfaat dengan harga yang rendah (penurunan harga) rasmi daripada kerajaan atau pemerintah. 




______________________
[1] Sunan Abi Daud dalam Kitab Albuyu’ ( bab pengukuhan dalam hutang ), dan Sunan Alkubra oleh Al-Baihaqi 6/75, dan Sunan Ad-Darqathni 3/79, dan Al-Mustadrak Al-Hakim 6/58 dan telah berkata : Sohih pada Isnad namun bukan pada takhrijnya, telah disepakati oleh Az-Zahabi.
[2] Almughni 591/4 li ibnu qudamah, wal ihtiyaar lilta’lil 170/2 , wal babul syarah alkitab 158/2 
[3] Albukhari fi kitab alhiwalaat bab iza ahalun dinul mait a’la rijlun jazun. 


sambungan di entry post yang akan datang.......

Sunday, 14 August 2011

(M/S 106)

Diterjemah dan dibentangkan oleh : MUHAMAD NABIL FIKRI BIN MOHD DAUD (09BI01017) (SMSU 5A)


2- Gambarannya : pelanggan yang ingin memeterai satu kerjasama sebagai contoh tawaran (tender) – kepada bank, dan meminta daripadanya mengukuhkan kedudukan kewangan sebagai janji dalam membayar kepada penerima sejumlah harta ketika dituntut oleh penerima tersebut. Pihak Bank hendaklah tentukan perjanjian dengan pelanggan ini sehingga tamat perjanjian. 

Pihak Bank tidak mengeluarkannya - pada kebiasaan - perjanjian ini, kecuali selepas pelanggan menawarkan kepada bank sebahagian jaminan ke atas haknya, seperti harta benda sebagai cagaran dan sebagainya. Dan Bank biasanya menerima yuran tertentu yang dipersetujui, dan ia adalah perbelanjaan yang dikeluarkan. 

3- Kesesuaian Mengikut Fiqh : dan telah disebut-sebut oleh orang ramai pada hari ini mengenai nama surat jaminan dengan nama ((Jaminan Bank / Kafalah Bank )) tetapi, setelah penelitian pada keduanya, kami mendapati di antara keduanya terdapat persamaan dan dan juga perbezaan , di antaranya adalah : 

a) bahawa tujuan setiap Surat Jaminan dan Jaminan pengukuhan kedudukan kewangan terhadap yang mendapat jaminan (makful) adalah tanggungjawab penerima, dengan membentuk keamanan ke atas haknya itu agar tidak akan menjadi sia-sia. 

b) Jaminan (Kafalah) adalah Menggabungkan dua tanggungan dalam tuntutan dan hutang, di sisi Jumhur fuqaha’, Tetapi perkara dalam surat jaminan berbeza , pada waktu itu menjadikan pelanggan dijamin dengan pengeluaran surat jaminan kepada penerima, dan langkah penerima membuat tuntutan dengan haknya kepada bank sahaja. Dan perkara ini adalah tidak dipersetujui mengenai Jaminan (Kafalah) kecuali ianya tidak terhalangnya oleh syara’. Dan sesungguhnya telah diterima oleh Hanafiah , Malikiyah dan Syafi’iyah pada salah satu daripada pendapat-pendapat mereka adalah dengan mensyaratkan perlepasan yang sah pada perjanjian Jaminan (Kafalah) [1]. Mereka Berdalilkan bagi perkara tersebut dengan riwayat daripada Jabir Bin Abdullah R.A. telah berkata : telah mati seorang lelaki, maka kami telah memandikannya dan mengkafankannya serta membersihkannya , lalu kami membawanya kepada Rasulullah Shollallahu ‘alaihi wassalam. Kami bertanya kepada beliau: "Apakah Rasulullah akan mensolatkannnya?". Rasulullah bertanya: “Apakah dia mempunyai hutang?". Kami menjawab: "Ya, dua dinar." Rasulullah kemudian pergi dari situ.........


........sambungan di entry post yang akan datang.......

______________________
[1] Al-Ikhtiar 2/169 , Syarah As-Shoghir 3/245 , Nihayah Al-Muhtaj 4/444. 


Saturday, 13 August 2011

(M/S 105)

Diterjemah dan dibentangkan oleh : AHMAD A’ALAUDDIN BIN MOHAMAD (09BI01010) (SMSU 5A )

Perkara yang diambil oleh bank daripada wakil pengimport ada dua :- 

Pertama : bayaran komisyen keatas perkhidmatan yang di laksanakan bagi wakil pengimport, saya lihat keharusan dalam mengambil bayaran komisyen ini, sebagai ganti kepada faedah yang disyariatkan, adapun ketidakterimaan fuqaha’ dalam mengambil ganjaran atas jaminan, saya lihat bahawa tidak harus mengambil ganjaran atas jaminan persendirian@perseorangan, adapun jaminan perniagaan maka harus mengambil ganjaran keatasnya, kerana yang pertama adalah akad ihsan, pengambilan ganjaran keatasnya akan menafikan perbelanjaannya, dan yang kedua iaitu akad pelaburan maka harus mengambil ganjaran keatasnya. 

Kedua : faedah (bunga) ke atas bayaran tertangguh(baki bayaran)dalam tanggungan wakil pengimport, adalah riba yang tidak halal di sisi agama Allah melainkan darurat, dan wakil pengimport hendaklah berurusan dengan bank Islam dalam mengatasi keuntungan yang salah dari membeli pada tempat riba dalam urusan pembukaan akaun kredit. Sekiranya peniaga berada di Negara yang tiada bank Islam maka di beri kelonggaran baginya untuk mengambil riba dalam urusan kredit jika ia berhajat kepadanya(jika mahu), kerana berhajat kepada keperluan melebihi darurat, dan hajat disini adalah hajat perseorangan dan umum. Adapun perseorangan : ianya merupakan keperluan para peniaga dalam membuka akaun kredit kerana ianya adalah kewajipan dalam perniagaan, Dan adapun yang umum, supaya ekonomi tidak jatuh ke tangan para peniaga yang fasik.

Transaksi keempat : surat jaminan :

1- Takrif : perjanjian yang terakhir yang dibuat oleh bank berdasarkan tuntutan pelanggannya dengan kadar bayaran wang yang tertentu atau tertakluk pada pelantikan, sepanjang tempoh yang tertentu, sebaik sahaja pengimport menuntut daripada bank itu tanpa merujuk kepada pelanggan. 


sambungan di entry post yang akan datang.......