Monday 15 August 2011

(M/S 107)

Diterjemah dan dibentangkan oleh : SITI NURHUDA BINTI AWANG (09BI01056) (SMSU 5B) 

Berkatalah Abu Qatadah : " Ya Rasulullah , Dua dinar itu tanggung jawabku." Maka Rasulullah berkata : keduanya itu (dua dinar) adalah dipertanggungjawabkan ke atas kamu daripada harta kamu , manakala Jenazah ini akan terlepas daripada tanggungjawabnya )? Abu Qatadah menjawab : Ya, lalu Rasulullah Shollallahu ‘alaihi wassalam mensolatkan ke atas Jenazah itu.[1]

c) Dalam percakapan yang mengandungi kesempurnaan akad di antara wakil yang sanggup dan bank yang akan menjamin tanpa bersekutu/menjadi sekutu berkongsi dengannya faedah dalam akad tersebut dan tidak menerima dalam pengakuan tersebut.Tidak ragu-ragu kemusykilan dalam menjamin orang salah, kerana Hanabilah dan Abu Yusuf daripada Hanafiah mengharuskan jaminan tanpa izin orang yang disanggup baginya dan tidak redha ke atasnya(orang yang mengatakan tidak redha ke atasnya) ke atas hadith terdahulu.[2]

Dan Hadith Salmah bin Akwa’RA telah berkata: Kami telah duduk disisi Rasullullah SAW ketika datangnya dengan jenazah , maka berkatalah mereka:solatlah keatasnya, maka Rasullullah SAW telah berkata:Adakah mempunyai hutang ke atasnya? Katanya lagi:Tiada, Rasullullah berkata:Adakah dia ada meninggalkan sesuatu?Katanya lagi:Tidak, maka solatlah ke atasnya,kemudian datangnya jenazah yang lain, katanya;Ya Rasullullah solatlah ke atasnya, maka Rasullullah berkata : Adakah dia ada meninggalkan hutang? Katanya lagi tidak, Rasullullah berkata lagi:Adakah dia ada meninggalkan sesuatu?Katanya lagi(para sahabat) Tiga dinar, maka solatlah keatasnya, kemudiannya datang orang yang ketiga (jenazah) Mereka (para sahabat) berkata solatlah keatasnya.Rasullullah bersabda: Adakah dia ada meninggalkan sesuatu?Katanya:Tidak ada,Rasullullah berkata: Adakah si mati ada mempunyai hutang? Katanya lagi Tiga Dinar, Rasullullah berkata: Bersolatlah kamu ke atas sahabat –sahabat kamu.Telah berkata Abu Qatadah Rasullullah SAW telah bersolat ke atas mereka dan aku yang menanggung hutangnya , maka solatlah nabi keatasnya.[3]

Dan juga sekiranya orang yang sanggup menanggung(hutang) redha baginya: iaitu (mustafid ) diketahui wujud kerana mengetahui terjadinya penerimaan kesempurnaan percakapan ketika terjadi urusan dengan bank dengan memperolehi manfaat dengan harga yang rendah (penurunan harga) rasmi daripada kerajaan atau pemerintah. 




______________________
[1] Sunan Abi Daud dalam Kitab Albuyu’ ( bab pengukuhan dalam hutang ), dan Sunan Alkubra oleh Al-Baihaqi 6/75, dan Sunan Ad-Darqathni 3/79, dan Al-Mustadrak Al-Hakim 6/58 dan telah berkata : Sohih pada Isnad namun bukan pada takhrijnya, telah disepakati oleh Az-Zahabi.
[2] Almughni 591/4 li ibnu qudamah, wal ihtiyaar lilta’lil 170/2 , wal babul syarah alkitab 158/2 
[3] Albukhari fi kitab alhiwalaat bab iza ahalun dinul mait a’la rijlun jazun. 


sambungan di entry post yang akan datang.......

No comments: