Diterjemah dan dibentangkan oleh : MAJIDAH BINTI A. KADIR (10BI01046) (SMSU 5C)
2) Mereka Berhujah seperti berikut :
Sesungguhnya yuran pengeluaran dibayar oleh pemegang pengeluar kad yang sebahagiannya sebagai upah pembelanjaan yang ditanggung oleh pengeluar untuk mengeluarkan kad tersebut, seperti nilai plastik, dan upah membuat kad kredit, upah cetak dan kakitangan dan upah barang digunakan dalam membuat kad, dan harga air dan elektrik dan pembaharuan alatan dalam membuat kad dan sebagainya, dan ada sebahagian yang lain daripadanya nilai hak – dan hak-hak yang boleh dijual – yang diberikan pengeluar kad kepada pemegang kad, seperti haknya dalam mendapatkan diskaun dalam harga ke atas sesetengah perkhidmatan, dan haknya mendapatkan duit, dan haknya dalam mendapatkan barang tanpa membuat pembayaran segera, dan sebagainya, dan sesungguhnya dengan membayar seperti itu mendapat kesenangan dari hak ini untuk menghalang pandangan dari menggunakan hak ini atau tidak menggunakannya.
c) Pendapat yang sahih mengharuskan mengambil yuran pengeluaran dan membaharui kad, kerana yuran ini bukan upah yang berganda untuk perkhidmatan kad tersebut seperti mana pandangan pertama, iaitu harga untuk hak pengeluaran diberikan kepada pemegang kad.
Adapun hujah pendapat pertama bermaksud yuran ini mungkin seorang pemegang kad mengunakannya yang mengandungi pengunaan riba, dan demikian itu haram kerana ia sadduz zara’i, maka jawapnya: sadduz zara’i tidak harus diperluaskan, kerana keluasan membawa kepada sadduz zarai, dan Allah s.w.t telah mengangkat ke atas umat nabi Muhammad s.a.w dari kesukaran maka Allah telah berfirman di dalam surah Al-Haj-78 : (dia tidak menjadikan kesukaran untuk mu dalam agama)
Dan dikatakan dengan mengharamkan pemegang kad mengunakan riba, wajib ke atas kita berkata demikian dengan menghalang mengambil pisau di dapur untuk melakukan jenayah.. maka sadduz zara’i tidak dianggap kecuali pada kebiasaannya, dan kebiasaan pemegang kad kredit bagi orang muslimin tidak harus ke atas mereka mengunakan kad kredit sekiranya didalam perkhidmatan tersebut ada riba.
sambungan di entry post yang akan datang.......
No comments:
Post a Comment