Showing posts with label Transaksi Ke-2 : Pemindahan Wang. Show all posts
Showing posts with label Transaksi Ke-2 : Pemindahan Wang. Show all posts

Thursday, 11 August 2011

(M/S 103)

Diterjemah dan dibentangkan oleh : MOHD FAUZAN BIN JAMIL (09BI01040) (SMSU 5A)


Di dalam hal ini, sesebuah negara yang dilengkapi segala transaksi adalah dipegang oleh pihak bank dalam negara. Kemudian bank tersebut melakukan pemindahan wang kepada pemegang bank dan pihak bank akan menghantar notis pertukaran kepada pemegang bank. Dan ia adalah satu proses yang diluluskan,kerana ia disertakan dengan proses transaksi yang betul dan proses pajakan yang betul. Tempat pajakan ialah satu pemindahan wang dari satu tempat ke tempat yang lain. 

Gambaran kedua : Pelanggan menyokong sesuatu pertukaran dari bank Kuwait mata wang dinar untuk pertukaran ke bank tertentu di Damsyik. Yang mana bank tersebut boleh melakukan pertukaran dan mengambil upah atas pertukaran tersebut. Sehingga jumlah pertukaran ke dinar di bank Damsyik.Maka transaksi dinar di bank Damsyik akan bertukar kepada nilai lirat, dan bank di Damsyik itu menerima sesuatu pertukaran kepada nilai lirat .Dengan itu sesuatu transaksi telah lengkap di bank Damsyik dan bukan lagi di bank Kuwait. 

Ada sebahagian berpendapat bahawa, dalam proses pertukaran wang dari sesebuah negara ke sesebuah negara lain akan lebih cenderung jika diiringi sesuatu proses transaksi yang membentukkan 2 akad dalam 1 akad. Akad yang pertama adalah akad transaksi dan akad yang kedua adalah akad pajakan. Sesungguhnya telah bersabda ( Rasulullah telah menegah melakukan 2 akad dalam sesuatu jualan )[1] akan tetapi perintah tersebut tidak diterima ke atasnya. Dan transaksi akad berlaku dengan sendirinya. Satu sewaan pemegang akaun bank perlu ada satu akad yang lain.Tiada hubungan baginya dengan akad yang pertama. Dan bersetuju satu dari keduanya mengikut akad yang berlainan. Ini kerana bank tidak mengenakan syarat ke atas pelanggan dengan mengikat satu pertukaran dengan transaksi. 

Kesimpulan : Saya tidak nampak dalam proses pemindahan wang melalui bank atau sebagainya adalah dilarang oleh syarak – kerana ia adalah pajakan benar – sama ada disertai dengan bayaran atau tidak diiringi oleh kontrak pertukaran. 



______________________
[1] Riwayat Al- Turmizi dan Nasa’I dan Imam Malik dalam Kitab Mua’toq, Bab Jualan Melarang Daripada Dua Transaksi Dalam Satu Jualan.

sambungan di entry post yang akan datang.......

Wednesday, 10 August 2011

(M/S 102)

Diterjemah dan dibentangkan oleh : NORHAMIZA BT HUSSAIN (09BI01013) (SMSU 5A) 


Saya melihat bahawa pemindahan wang bukan bon cek (suftajah), tetapi ialah sewaan , terdapat di dalamnya 4 rukun dalam sewaan : penyewa- iaitu pelanggan penukar -pekerja upahan -iaitu bank- penyewa keatasnya – iaitu perkhidmatan pertukaran - pemberi sewa- ialah apa yang diterima oleh bank daripada pembayaran pelanggan di atas pertukaran -, sewaan ini tiada yang menghalang di dalam syarak. 

Akan tetapi proses pertukaran wang melalui bank itu kebiasaannya apa yang yang disifatkan seperti persediaan proses pertukaran, terutama sekali jika pemindahan itu ke negara lain,dan apabila mereka menukar wang dinar Kuwait kepada sahabat karib dengannya di Syria sungguh pun saudaranya tidak akan menerima dinar Kuwait, bahkan menerima wang Syria,dan di sana mahu atau tidak terpaksalah kita berhenti sedikit untuk melihat proses pertukaran ini, dan ketika kami perhatikan kami dapati tidak terkeluar dari cara berikut: 

Gambaran Pertama : saya berikan kepada bank dinar, maka diberikan kepadanya cek dengan lira Syria yang mana wang lira itu boleh di guna pakai di Syria, maka kami berpandangan bahawa ini ialah masalah pertukaran dinar dengan lira Syria sebelum terjadinya perpindahan, maka yang demikian telah tercapai pertukaran yang sempurna iaitu penerimaan dalam majlis akad, iaitu di tulis dalam kiraannya itu beberapa angka atau rekod dengan namanya dalam rekodnya, maka orang yang terima cek ialah pekerjanya, maka ditulis jumlah tersebut dalam rekod baru dengan nama fulan yang diiktibar dia lah pemegang cek tersebut, terdapat keputusan yang telah dibuat oleh Akademi Fiqh Islami pada sesi ke sebelas yang diadakan di Mekah Al mukaramah, 13-20 rejab tahun 1409 hijrah.: ((orang yang memberi cek itu ialah orang yang menerima pegang disisi orang itu apabila sempurna syarat-syarat dalam masalah pemindahan duit dengan pertukaran di bank. Dan diiktibarkan juga apa yang kita tulis dalam buku oleh bank dalam hukum memegang bagi mereka yang ingin pindahkan mata wang kepada yang lain, sama ada pertukaran itu dengan memberi duit kepada orang yang menukarkan mata wang atau mata wang yang didepositkan padanya))[1]


______________________
[1] penyelidikan jurnal ulama’ fiqh moden, m/s 288, bilangan ke2,tahun pertama.

sambungan di entry post yang akan datang.......


Tuesday, 9 August 2011

(M/S 101)

Diterjemah dan dibentangkan oleh : NURUL SHAFEENATUL NADIA BT ARZEMAL (09B01025) (SMSU 5A) 


e) Diskaun Pinjaman Perdagangan bukan daripada dha’ wata’ajjal : wajar disebut bahawa Diskaun Pinjaman Perdagangan yang sudah lama dibincangkan bukan daripada masalah (kedudukan dan kelajuan), jika berlaku kejatuhan sesuatu daripada hutang dikenakan bagi mempercepatkan pencapaian dengan Diskaun Pinjaman Perdagangan adalah tidak harus, Apa yang menarik perhatian kepada Majlis Fatwa dalam keputusan lalu telah pun kami telah tunjukkan. 


Pekhidmatan Perbankan (Muamalat Misrafiyah Khidmiyah) :

Transaksi Pertama : mendapat hak oleh yang berhak :

Dengan itu,seperti mendapat cek oleh yang berhak oleh bank-bank lain di dalam negara atau luar negara, dikenakan yuran tertentu. Adalah jelas bahawa ini adalah yuran yang diambil oleh bank adalah nilai perkhidmatan yang diberikan oleh bank kepada pelanggan, iaitu: mendapat nilai cek ini dari bank yang lain dan diserahkan kepadanya, jika tidak bank akan menerima untuk melakukan perkhidmatan ini, iaitu pemilik cek ke bank yang mengeluarkan cek itu untuk menerima nilai tersebut. 

Transaksi kedua: Pemindahan Wang : 

Berlakunya perkhidmatan bank memindahkan wang dari satu negara ke negara lain, iaitu pelanggan membayar bank sejumlah wang dan menukar kepada negara tertentu dan seterusnya menyerahkannya kepada si fulan tertentu, yang mana bank boleh memberi perkhidmatan ini untuk bayaran yang telah ditentukan. 

Pembelajaran oleh guru kami, Syeikh Mustafa al-Zarqa ;bahawasanya jumlah asal, yang dibayar oleh pelanggan kepada bank iaitu memindahkan ke negara lain, adalah pinjaman dan jika pinjaman keseluruhan proses adalah proses ( bil pertukaran) dan bil pertukaran seperti mana yang ditakrifkan oleh ulama: ialah: wang pinjaman dalam negara bertemu di negara lain untuk menggelakkan risiko cara simpanan yang dibawa.[1]


______________________
[1] Mu’jam lunghoh, madah : suftajah.

sambungan di entry post yang akan datang.......