Sunday, 4 September 2011

(M/S 127)

Diterjemah dan dibentangkan oleh : SITI NURULHAYATI BINTI MOHD YUSOFF (10BI01047) (SMSU 5D) 


b) Hukum terhadap pengambilan keuntungan ini ialah : ulama’ telah berselisih pendapat dalam memberi hukum tentang pengambilan keuntungan ini. 

1) Pendapat pertama : Adalah haram keatas pengambilan pengeluar keuntungan keuntungan ini. Dan demikian adalah pendapat Ibrahim al-dab, Abu Bakar Zaiddan Abdullah Al- sai’di. 

Mereka telah berdalil di atas apa yang pergi kepada mereka bahawa ia telah diibaratkan menyerupai pemotongan harga di dalam bil pembelian, pada masa itu peniaga memberikan punca bil yang telah ditandatangani oleh pemegang kad – yang mana bil itu telah berfungsi sebagai surat perjanjian hutang – maka potongan harga yang diberikan kepada peniaga adalah kurang harganya daripada harga yang telah direkodkan, dan penjualan secara hutang yang mana harganya lebih kurang dari harga yang dicatatkan, ia dinamakan riba. 

Dan mereka telah membincangkan perkara-perkara berikut : 

- Sesungguhnya berkenaan dengan diskaun dokumen hutang adalah :bagi pinjaman secara hutang tidak harus menangguhkan pembayaran hutang sehingga tamatnya tempoh pembayaran. Dan dengan itu ia serupa dengan tempoh wang dalam jangka hutang, ia adalah riba, ada pun disini : sesungguhnya hutang yang dibawa oleh bil itu adalah hutang yang habis tempohnya dan ia wajib dibayar, dan bukan disebabkan dengan penangguhan. 

- Sesungguhnya pemotongan harga pada bil pembayaran adalah terlepas dari pengawasan pihak bank, yang mana satu pihak yang membuata kad tidak terikat baginya dengan transaksi bank. Ada pun potongan harga keatas invois yang dicatatkan keatas kad kredit adalaht erlepas daripada jaminan asal. Yang mana pihak yang berakad itu yang mengetuai transaksi, ia adalah sebagai jaminan bagi pemegang kad kepada peniaga. 

2) Pendapat kedua : Adalah harus untuk mengambil sumber faedah ini. Sesungguhnya yang telah mengamalkan pengambilan faedah keuntungan ini adalah : Persatuan Pembiayaan Syariah, Syarikat Lembaga Syariah Al-Rajhi, Hassan Al-Jauhari, Abdul Satar Abu Ghadah, Naziah Himad,Wahbahal-Zuhaili, Rafiq Al-Masri, Abdul Wahab Abu Sulaiman dan lain-lain lagi. 


sambungan di entry post yang akan datang.......

Saturday, 3 September 2011

(M/S 126)

Diterjemah dan dibentangkan oleh : NUR AZILA BINTI AZIZ (10BI01069) (SMSU 5D) 


5. Ansuran pulangan apa yang berhak : Memberikan beberapa pembayaran kepada pemegang kad kredit untuk bayaran ansuran kad mereka untuk pembelian barang dan bayaran bulanan mereka. Kad mempunyai nilai tertentu , disepakati fuqaha zaman moden. Bersetuju untuk menganggap manfaat riba tidak halal di sisi Islam. 

6. Kelewatan pembayaran hutang kad kredit membawa kepada faedah : sesungguhnya kelewatan pembayaran semula kad kredit dari hutang dan kemudianya akan mengenakan caj dengan waktu yang lewat di bawah jaminan mengandungi pemotongan atau peningkatan peratusan seperti penambahan hutang. Tiada perbezaan dikalangan fuqaha muslim bahawa tambahan ini juga adalah riba. 

Pendapat lain : Oleh sebab itu, mereka perlu bertanggungjawab membayar atau memenuhi jaminan dari hutang mereka 

Berkata : Sekiranya kad rosak atau hilang – cara penghakiman hakim mengenakan ke atas mereka hukuman bagi yang menghilangkan ialah denda dari kerosakkan ke atas pengguna jika terdapat kerosakkan zahir. 

7. Pulangan/untung kembali kepada pengguna dan penjual 

a) Penjelasan pendapat ini : kad kredit adalah punca ke atas pembelian walaupun boleh berlaku muflis. Peniaga berminat berurusan dengan kad kredit kerana ia boleh meningkatkan jualan mereka, tetapi ia juga memberi sesetengah peniaga dan pengguna perkhidmatan dan pada masa yang sama memberi sumber keuntungan kepada pemberi pinjaman kad kredit kerana ia akan mengambil komisyen tertentu kepada pengeluar. 


sambungan di entry post yang akan datang.......

Friday, 2 September 2011

(M/S 125)

Diterjemah dan dibentangkan oleh : MOHD HAFIZI BIN MOHD YUSOF (10BI01016) (SMSU 5C)

PULANGAN PERTUKARAN MATAWANG RESIT-RESIT KEPADA MATAWANG KAD.

Penjelasannya : ketika akad pengambilan kad dilakukan antara pengguna kad dan pengeluar kad, jenis matawang yang dibenarkan untuk berurusan dengan kad tersebut telah ditentukan seperti dolar, dinar, lira dan sebagainya. Sekiranya telah ditentukan urusan penggunaan kad dengan dinar contohnya, pembeli telah membeli barang-barang keperluannya dalam dolar dengan menggunakan kad. pengeluar kad perlu menukar segala resit-resit bayaran yang sampai kepadanya daripada peniaga dari dolar kepada dinar. Kemudian pengeluarkan akan membuat potongan daripada akaun pemegang kad sekiranya pemegang kad tersebut mempunyai akaun; atau menuntut daripada pemegang kad supaya membayarnya dengan dinar sekiranya peemegang kad tidak mempunyai akaun. Pengeluar kad boleh mengenakan tambahan ke atas pemegang kad satu yuran yang tertentu dalam proses pertukaran matawang dolar kepada dinar. 

Sepertimana yang kita tahu, bank-bank mengenakan keatas matawang suatu harga jualan juga belian, ketika jualan beli matawang dan sebagainya. Dan disebab ini sekiranya pemegang kad membeli suatu barangan mentah denan dolar, maka perlu membayar kepada pengeluar kad harga tukaran dolar dengan dinar dengan harga belian. Dan harganya lebih rendah daripada harga jualan. Pemegang kad juga membayar kepada pengeluar kad satu yuran yang dipersetujui bagi manfaat yang diperolehi daripada pengkhususan ini. 

Disebabkan itulah yang menjadikan bank mengambil manfaat daripada urusan pemegang kad sebanyak dua kali. Pertamanya pada perbezaan antara harga tukaran dalam urusan jualan dan harganya dalam urusan belian. Kedua ketika mengambil satu kadar upah atas urusan tukaran itu sendiri. 

Hukum dividen ini : Saya fikir tiada perselisihan dalam pengharusan yang menjadikan pengeluar boleh mengambil dua harga pada apa-apa matawang. Pertamanya untuk belian dan keduanya untuk jualan. Kerana ini termasuk dalam bab tukaran. Dan tukaran adalah daripada cabang perniagaan. Sekiranya seseorang membeli suatu mata wang dengan apa jua harga, harus baginya untuk menjual matawang tersebut dengan suatu harga yang disukainya. Selagi tidak berlaku penipuan di dalamnya. 

Manakala yuran yang disyaratkan oleh pengeluarkan ke atas setiap matawang tukaran, terdapat perselisihan ulama’ fiqh mengenai hukumnya :



Diterjemah dan dibentangkan oleh : MUHAMMAD SHUKRI ALIF BIN MOHD AZMAN (10BI01142) (SMSU 5D)


1 ) pendapat pertama : mengambil yuran keatas proses pertukaran adalah diharuskan , sepertimana dipegang oleh pendapat badan kesatuan syariah bank-bank islam , dan syeikh Muhammad mokhtar al-salami , mufti Tunisia. 

Hujah – hujah mereka : sesungguhnya yuran ini adalah harga perkhidmatan yang didahulukan bank untuk pemegang kad , dan bukanlah ia bertentangan dengan syara’. 

2 ) pendapat kedua : pengambilan yuran keatas proses pertukaran tidaklah harus , sepertimana pendapat : Doktor Abdul Wahab Abu Sulaiman , dan Doktor Ali As-salusi. 

Hujah – hujah mereka : sesungguhnya pengeluar kad memberikan proses pertukaran dengan harga yang telah sempurna disepakati antaranya dan antara pemegang , mengambil pertambahan keatas itu – iaitu : yuran – yang tidak mengikut justifikasi / kehendak syara’. Seperti memakan harta manusia dengan batil 

3 ) – Pendapat : pendapat yang lebih jelas bagi saya ( pengarang buku ) adalah pendapat kedua yang dilihat dengan pengharaman pengambilan yuran keatas pertukaran , kerana yuran adalah tidak perlu , iaitu memakan harta manusia dengan batil.


sambungan di entry post yang akan datang.......


Thursday, 1 September 2011

(M/S 124)

Diterjemah dan dibentangkan oleh : MOHD HAFIZI BIN MOHD YUSOF (10BI01016) (SMSU 5C) 


c) Mereka berhujah dalam perkara ini : yuran (bayaran) ini merupakan upah atau cas ke atas ejen kerana membuat pembayaran. Pemegang kad telah menjadikan pengeluar kad (bank) sebagai ejen bagi membayar segala pembeliannya kepada peniaga dengan penggunaan kad tersebut. Pengeluar kad mengenakan upah atas urusan wakalah ini. Pengambilan upah / cas bayaran ke atas wakalah adalah harus. 

d) Perbincangan pendapat ini : hubungan diantara pemegang kad dan pengeluar kad bukanlah hubungan wakalah walau diambil oleh agensi itu satu kadar upah. Ia merupakan hubungan jaminan - sepertimana ditegaskan sebelum ini. Jaminan ini merupakan jaminan penggunaan dan bukan jaminan pelaburan. Disepakati bahawa tidak harus diambil upah atas jaminan penggunaan ini. Apabila yuran ini tidak menjadi upah dalam wakalah, kerana muamalat bukanlah wakalah. Tiada upah atau cas ke atas jaminan kerana bahagian daripada jaminan ini tidak harus diambil upah darinya. Sekiranya diambil, berlaku pertambahan ke atas hutang. Ianya adalah riba.



Diterjemah dan dibentangkan oleh : MUHAMMAD SHUKRI ALIF BIN MOHD AZMAN (10BI01142) (SMSU 5C)


4. Pulangan Penukaran Mata Wang Bil kepada Mata Wang Kad. 

a) Penjelasan : prosedur akad pada kad antara pengeluar dan pemegang menentukan jenis duit yang sempurna pada transaksi dengan kad seperti dollar atau dinar atau lera dan sebagainya. Sekiranya telah sempurna penentuan duit kad dengan dinar misalnya, kemudian pemegang kad ini membeli barang – barang keperluan pada nilai dollar dengan menggunakan kad , maka pengeluar akan memindahkan bil akaun yang berhubung dengan pertukaran nilai dollar pada dinar, kemudian ditolak pula daripada akaun pemegang sekiranya pemegang mempunyai akaun atau meminta ia membayar balik dalam dinar sekiranya tidak mempunyai akaun. pengeluar boleh mengenakan bayaran tertentu (yuran ) keperluan pemindahan pertukaran dollar kepada dinar.

Sekiranya kita tahu , bank akan mengenakan duit tunai untuk pembelian dan harga yang lain untuk penjualan , walau ketika pembelian mata wang lain , sekiranya pemegang membeli barang dengan dollar maka perlulah ia membayar penukaran sumber nilai dollar dengan dinar dengan harga pembelian. Iaitu harga yang kurang daripada harga pembelian. Dan perlulah membayar yuran yang disepakati pada pertukarannya yang telah digunakan.


sambungan di entry post yang akan datang.......