Thursday 8 September 2011

(M/S 134)

Diterjemah dan dibentangkan oleh : MUHAMMAD AMIR BIN MUNSHI (09BI01093) (SMSU 5B) 


Atau faedah : seperti mendiami rumah itu, atau sememangnya: hak untuk mendapatkan beberapa barangan runcit subsidi oleh kerajaan pada harga yang dikurangkan,hak untuk melepaskan penyewa pada akhir tempoh sewaan, dan sebagainya. 

Oleh yang demikian, para fuqaha’ terdahulu telah bersepakat , di bolehkan mengambil wang wakaf untuk mengekalkan larangan bagi pajakan bangunan terhadap penyewa, iaitu pampasan. Sekiranya, mengambil pampasan bagi pengecualian hak pengosongan, maka di benarkan dalam wakaf. 

4. Situasi hak pengosongan : Terdapat pelbagai situasi pengosongan, iaitu yang boleh di ambil pampasan dan yang di larang, antaranya ialah : 

a) Situasi Pertama : Pemilik mengambil pampasan dari penyewa : Dalam situasi ini pemilik mengetepikan haknya untuk melepaskan penyewa dari harta sewaannya, sebagai pertukaran, penyewa membayar sejumlah wang kepada pemilik tersebut.Ini bukanlah hak pengosongan , kerana Pemilik menjual haknya kepada penyewa, iaitu memindahkan penyewa dari harta tersebut.Oleh itu, ia menjadi pajakan kekal. 

Dalam keadaan ini, jika dinaikkan sewaan hartanah atau diturunkan, adakah penyewa terus membayar sewa yang di persetujui, tanpa menambah atau mengurangkannya ? atau di bayar kepada pemilik dengan jumlah yang sama ? 

Saya melihat (pandangan penulis) : Bahawa penyewa tetap bertanggungjawab bagi bayaran pajakan di bawah kontrak itu, sehinggalah pertukaran harga berlaku dengan melampau, iaitu melampaui atau lebih dari 1/3, sabda Rasullullah S.A.W “dengan sepertiga saja. Dan sepertiga itu sudah banyak”, dan kemudian membayar kos upah setimpal, Terutamanya jika perkara itu adalah penyewa harta wakaf, kerana pemilik telah menjual penyewa adalah berhak kepada hak pengosongan. 


sambungan di entry post yang akan datang.......


No comments: