Thursday 1 September 2011

(M/S 124)

Diterjemah dan dibentangkan oleh : MOHD HAFIZI BIN MOHD YUSOF (10BI01016) (SMSU 5C) 


c) Mereka berhujah dalam perkara ini : yuran (bayaran) ini merupakan upah atau cas ke atas ejen kerana membuat pembayaran. Pemegang kad telah menjadikan pengeluar kad (bank) sebagai ejen bagi membayar segala pembeliannya kepada peniaga dengan penggunaan kad tersebut. Pengeluar kad mengenakan upah atas urusan wakalah ini. Pengambilan upah / cas bayaran ke atas wakalah adalah harus. 

d) Perbincangan pendapat ini : hubungan diantara pemegang kad dan pengeluar kad bukanlah hubungan wakalah walau diambil oleh agensi itu satu kadar upah. Ia merupakan hubungan jaminan - sepertimana ditegaskan sebelum ini. Jaminan ini merupakan jaminan penggunaan dan bukan jaminan pelaburan. Disepakati bahawa tidak harus diambil upah atas jaminan penggunaan ini. Apabila yuran ini tidak menjadi upah dalam wakalah, kerana muamalat bukanlah wakalah. Tiada upah atau cas ke atas jaminan kerana bahagian daripada jaminan ini tidak harus diambil upah darinya. Sekiranya diambil, berlaku pertambahan ke atas hutang. Ianya adalah riba.



Diterjemah dan dibentangkan oleh : MUHAMMAD SHUKRI ALIF BIN MOHD AZMAN (10BI01142) (SMSU 5C)


4. Pulangan Penukaran Mata Wang Bil kepada Mata Wang Kad. 

a) Penjelasan : prosedur akad pada kad antara pengeluar dan pemegang menentukan jenis duit yang sempurna pada transaksi dengan kad seperti dollar atau dinar atau lera dan sebagainya. Sekiranya telah sempurna penentuan duit kad dengan dinar misalnya, kemudian pemegang kad ini membeli barang – barang keperluan pada nilai dollar dengan menggunakan kad , maka pengeluar akan memindahkan bil akaun yang berhubung dengan pertukaran nilai dollar pada dinar, kemudian ditolak pula daripada akaun pemegang sekiranya pemegang mempunyai akaun atau meminta ia membayar balik dalam dinar sekiranya tidak mempunyai akaun. pengeluar boleh mengenakan bayaran tertentu (yuran ) keperluan pemindahan pertukaran dollar kepada dinar.

Sekiranya kita tahu , bank akan mengenakan duit tunai untuk pembelian dan harga yang lain untuk penjualan , walau ketika pembelian mata wang lain , sekiranya pemegang membeli barang dengan dollar maka perlulah ia membayar penukaran sumber nilai dollar dengan dinar dengan harga pembelian. Iaitu harga yang kurang daripada harga pembelian. Dan perlulah membayar yuran yang disepakati pada pertukarannya yang telah digunakan.


sambungan di entry post yang akan datang.......

No comments: